Thursday, September 23, 2010
NAK Bersilaturrahim
Sebelum kita dilahirkan iaitu ketika masih berada di alam barzakh, rezeki, jodoh, ajal dan sebagainya telah ditentukan oleh Allah.
Kita tidak akan tahu jika pada suatu hari nanti, salah seorang daripada kita tiba-tiba menerima rezeki yang murah daripada Allah. Kita mesti bijak mengendalikan perasaan dan hubungan dengan orang-orang di sekeliling seperti keluarga, saudara-mara atau rakan taulan.
Andaikata seseorang dalam lingkungan anda tiba-tiba mendapat durian runtuh, dan kedudukan barunya itu merenggangkan sedikit hubungan yang selama ini cukup erat. Apa yang harus dilakukan?
Pertama, kaji secara mendalam perasaan anda sendiri dalam hal-hal yang membabitkan wang, kedudukan dan kejayaan. Apa yang menyebabkan anda berasa iri hati? Dalam hidup anda pernahkah berlaku sesuatu sehingga menyebabkan anda membentuk nilai, perasaan dan matlamat seperti itu?
Iri hati memang sifat semula jadi. Namun, uruskan ia dengan baik dan gunakannya untuk mengkaji keutamaan dan matlamat diri anda sendiri.
Andaikata, anda yang memperoleh durian runtuh. Bagaimana pula keadaannya?
Peka dengan perasaan orang keliling bahawa sikap dermawan anda itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, berlagak atau cuba membelenggu.
Jika mereka berasa kekok, beritahu secara terbuka betapa anda lebih menghargai silaturrahim. Wang dan harta bergudang-gudang tidak akan mengubahnya.
Usah hentikan aktiviti yang membentuk kemesraan anda dengan mereka selama ini. Lambat laun mereka akan menerima anda seperti sediakala.
Biarkan malaikat yang mendampingi kita menuliskan sesuatu yang positif di dalam catatan amalan. Dengan demikian kita akan memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment