Wednesday, September 12, 2018

Rahsia Rumahtangga


Suami isteri itu kuncinya ialah SALING MELENGKAPKAN kerana sewaktu kita bujang kita punyai banyak kecacatan yang nanti akan terlengkap lewat pasangan kita.
Ramai pasangan malah terseksa selepas nikah, puncanya timbul dari banyak salah faham, antaranya kerana menuntut hak!
Hasilnya ada juga suami yang menjadi mangsa kerahan, kongkongan malah takut kepada yang bernama isteri.
Ini kerana gara-gara kelemahan diri, maka si suami dicela terus terusan apa lagi gara-gara si suami mempunyai pendapatan kurang dari isteri.
Atau ada juga si isteri yang sering diteriaki menyuruh itu ini layaknya seorang hamba kerana berasa memiliki
Ramai pasangan mengatakan mereka mengongkong pasangan masing-masing gara-gara sayangkan dia.
Sebenarnya, pasangan akan baik-baik saja jika kemahuannya dipenuhi zahir dan batin.
Tetapi pasangan akan mula menuntut kehendaknya apabila pendampingnya sering tidak mengisi, malah sering meminta.
Tanpa disedari dia sudah mementingkan diri sendiri. Hasilnya akan wujud rasa tidak setia
Jika kita tidak saling mengisi, maka mungkin kita kenyang tapi pasangan kita lapar sekali... Apatah lagi setelah bertahun tidak kita isi dengan kasih sayang sebagaimana sepatutnya!
Hak adalah antara yang sering diperjuangkan padahal ramai sekali yang lupa, didunia ini kita lansung tidak punya hak gara-gara salah fahaman 'memiliki', kerana Hak dalam erti sebenarnya ialah sekadar tanggungjawab yang dihujungnya adalah berserah kepada Maha Pencipta.
Jauh sekali dari pemahaman kita yang Hak itu sifatnya memiliki. Kita tidak memiliki apa pun di dunia ini selain cuma memikul tanggungjawab.
Ertinya jika cuma bertanggungjawab, kita tak akan menyeksa pasangan kita, tetapi berusaha memberikan yang terbaik sesuai apa yang dipertanggungjawabkan.
Jika kita memberi, ikhlaskan lah.. maka kita tidak akan menantikan imbuhan dari pemberian itu kan?
Kesimpulannya:
- Saling memenuhkanlah kepada pasangan
- Bukan hanya tahu meminta dan tidak memberi
- Hak itu cuma 'tanggungjawab' bukan 'memiliki'
- Tanggungjawab akhirnya membuahkan rasa hormat
- Salah faham tentang Hak akhirnya melahirkan rasa membenci kerana tidak pernah berjaya memiliki
- Rahsia rumahtangga itu ialah 'Saling Memberi' dan nanti akan jadi 'Saling Melengkapkan'.
- Di awalnya cinta, di hujungnya kasih sayang
Semoga rumahtangga kita semakin kuat, aman dan harmoni...
SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH




No comments:

Post a Comment