Tuesday, April 24, 2018

Dialog Islam - Kristian Di Peru



Pada 22/4/2018, berlangsung dialog antara agama yang pertama di Peru. Hermano Hugo mewakili Kristian manakala Firdaus Wong Wai Hung mewakili Islam. Tajuk dialog adalah ‘The Real Theological Problem Between Islam & Christian’.

Hermano Hugo merupakan rakyat Peru pertama yang diiktiraf dan dilantik oleh Vatican City serta memiliki Master di dalam Bible Interpretation Science dan telah menghasilkan hampir 10 buku berkaitan Kristian serta dijemput ke seluruh dunia untuk menyebarkan agama Kristian.

Walaupun tajuknya adalah ‘The Real Theological Problem Between Islam & Christian’ Firdaus Wong memilih untuk tidak bercerita tentang perbezaan tetapi bercerita tentang persamaan yang dimiliki oleh kedua-dua agama utama dunia ini. Kenapa saya memilih bercerita tentang persamaan dan bukannya masalah dan perbezaan?

Islam bermaksud keamanan dan Muslim adalah seseorang yang menyerahkan diri kepada Tuhan untuk mencapai keamanan di dunia dan akhirat dan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam memerintahkan Muslim untuk menyebarkan keamanan di seluruh dunia, maka misi dakwah NGO yang Firdaus wakili adalah menyebarkan keamanan di mana jua mereka berada.

Dialog kelmarin itu adalah dialog antara agama yang julung kalinya diadakan di Peru antara Islam dan Peru dan InshaAllah pihak Kristian dan Islam di Peru telah memberikan komitmen untuk mempergiatkan lagi dialog antara agama kedua-dua agama di seluruh Peru. InshaAllah selepas ini pihak Kristian pula akan menjemput Muslim untuk ke gereja bagi berdialog pula.

Uniknya, dialog turut dihadiri oleh wakil Kristian dari denominasi yang lain dan sejurus selepas dialog antara Firdaus Wong dan Hermano Hugo, mereka mendekati Firdaus dan memuji usaha penganjur mengadakan dialog ini dan mereka tergerak untuk melakukan perkara yang sama antara Islam dengan Protestan Methodist dan Evangelical. 

Ya kita ada perbezaan tetapi kedua-dua penganut agama Islam dan Kristian perlu memahami antara satu sama lain untuk mewujudkan satu komuniti yang aman dan harmoni di sebalik berbezaan yang wujud.

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah kerana Multiracial Reverted Muslim dan Firdaus Wong telah diberikan peluang untuk memulakan satu inisiatif yang diharap akan berterusan serta memberikan manfaat kepada negara Peru serta rakyatnya.

Islam adalah keamanan dan sebarkan lah keamanan dan ajak lah manusia kepada keamanan. Setelah kita berkongsi dan mengajak, Allah jualah yang mengurniakan hidayah.

No comments:

Post a Comment