Tuesday, April 24, 2018

Perihal Balu Iring Jenazah Suami Ke Kubur



BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

Nota ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dengan soalan yang ditanyakan, dan disebabkan banyak berlaku kesilapan dalam hal ini akhir zaman ini. 

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yang suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat. 

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Alasan seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar dari rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit dari tempat pengkebumian. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat.  

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu baliklah. Kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah. 
Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yag kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ia adalah wahyu daripada Allah Ta'ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang !
 
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh drpd kita. 

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal. 

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kampung. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah. 
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun. Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak makan, atau anaknya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan- beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam bissawab.
Semoga bermanfaat.

Jika Engkau ...



 Jika engkau menginginkan sesuatu kenikmatan itu terus padamu, maka perbanyaklah mensyukurinya.

▪️Jikalau engkau merasa rezeki itu datangnya lambat, maka perbanyaklah istighfar.

▪️Jikalau engkau ditimpa kesedihan, maka perbanyaklah mengucapkan :

لا حول و لا قوة إلا بالله

Laa hawla walaa quwwata illaa billaah.

▪️Jikalau engkau takut pada sesuatu makhluk, maka ucapkanlah :

حسبنا الله و نعم الوكيل

Hasbunallaah wa ni'mal wakiil.

▪️Jikalau engkau kagum terhadap sesuatu, maka ucapkanlah :

ماشاء الله لا قوة إلا بالله

Maasyaa Allaah laa quwwata illaa billaah.

▪️Jikalau engkau dikhianati, maka ucapkanlah :

و أفوض أمري أمري إلى الله إن الله بصير بالعباد

Wa ufawwidhu amrii ilallaah innallaaha bashiirun bil 'ibaad.

▪️Jikalau engkau ditimpa kegundahan hati, maka ucapkanlah :

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minadzdzoolimiin.

(Sayyidina Ali Zainal Abidin bin Husein RA)

Keluarga Sakinah Menuju Jannah : https://goo.gl/RKoXZk

Hal Air Mata Dan Jenazah



"JAGA-JAGA AIR MATA TU,JANGAN SAMPAI TERKENA JENAZAH DAN KAIN KAFANNYA..SEKSA JENAZAH TU..BERAT DIA NAK PERGI".....
sorang makcik 'sound pada si suami jenazah....

Jenazah isteri telah selesai dikafankan...

Giliran suami nak cium....dia mencium dahi isterinya...air mata mengalir ke pipi jenazah....dipeluk isteri lama...mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...

Seorang makcik bersuara
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama-lama arwah isteri awak tu...jangan sampai air mata menitik kena jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami dipapah oleh anak lelakinya keluar rumah....

Inilah khilaf yang sering berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita...sebenarnya biarkan sahaja, contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan tak mengapa...tiada hadis atau nas yang mengatakan tak boleh...di saat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makan minum kepada isterinya....

Ingat...yang tak boleh itu jika meratap atau meraung di hadapan jenazah atau sewaktu kematiannya...dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini...

07.04.2018 surau tmn desa rahmat tampoi

#kursuspengurusanjenazah
#kitabakaljenazah
#USTAZAHHASNAHJAAFAR
#USTAZAHMADDUSUKI
#copypastefromkaysara

Urus Tadbir Masjid-masjid Di Singapura



ZIARAH 7 MASJID DI SINGAPURA. MEREKA TEMUI “SESUATU” BUAT RAMAI UMAT ISLAM TERGAMAM.!!!

March 11, 2018  

Sekumpulan jemaah sebuah masjid dari Malaysia telah ziarah masjid-masjid utama di Singapura. Pada mulanya tidak harap apa-apa pun yang boleh dicontohi. Tetapi bila sampai sana mereka semua terkejut bila tahu…. Allahu. 


PENGALAMAN AHLI JEMAAH MASJID MALAYSIA DI SINGAPURA

Setahun Lalu , Satu Rombongan Terdiri Dari 20 Orang Ahli Jemaah Masjid Di Taman S*****a Telah Mengadakan Lawatan Ke Tujuh Masjid Utama Di Singapura.

Lawatan Tersebut Telah Di Susun Oleh seorang CEO syarikat penyiaran popular di Malaysia.

Lawatan Tersebut Adalah Sebagai Pembuka Hati dan Minda.

1. Masjid-masjid di Singapura yang terpaksa mencari Dana sendiri telah diurus tadbir dengan amat baik  dan tersusun.

2. Imam-imamnya Lulusan Al Azhar, Selain Fasih Berbahasa Arab Juga Fasih Berbahasa Inggeris.

3. Golongan Profesional Seperti Doktor, Jurutera, Peguam dan Lainnya Utuh Berada Di Saf Hadapan.

4. Ketibaan Rombongan Dari Malaysia DiSambut Oleh Pemuda dan Pemudi Yang Dibimbing Untuk Sentiasa Aktif dan Rapat Dengan Masjid.

5. Pada Hujung Minggu, Masjid-masjid Mengatur Sekian Banyak Kursus Hinggakan Ada Kursus Khas Untuk  Pembantu Rumah Yang Bekerja Di Singapura.

6. Kursus-kursus Seperti Membuat Kek, Pakaian, Salon Dibuat & Sijil Dikeluarkan Agar Apabila Kembali Ke Negara Asal, Mereka Dapat Berdikari Atau Mudah Mendapat Kerja.

7. Kafe Bertaraf “Starbucks” Dibuka Kepada Orang Ramai Termasuk Non Muslims.

8. Tempat Penginapan Disediakan Untuk “Backpackers” Termasuk Non Muslim. Hasilnya, Ada Backpackers Dari Australia Setelah Tinggal Di Masjid dan Berinteraksi Rapat Dengan Para Jemaah Setempat, Akhirnya Kembali Untuk Bersyahadah.

9. Rata-rata Ahli Rombongan Malaysia Berasa “Kerdil” Kerana Jauhnya Kita Ketinggalan Berbanding Saudara-saudara Di Singapura.

10. Difahamkan PM Singapura Sendiri Telah Memanggil Presiden Muslim Di Singapura Untuk Mengetahui Kunci Kejayaan Mereka.

11. Bagi Kaum Muslim Di Singapura, Pemuda Adalah “Penggerak Agama dan Bangsa” Bukan Lagi Sebagai Harapan Bangsa.

Hasilnya, Jawatankuasa dan Para Pegawai Masjid Di Negara Kita Boleh Mencontohi Usaha Baik Ini Agar Pihak Masjid dapat Merangka dan Menyelaraskan Suatu Gerak Kerja Yang Amat Tersusun dan Bergerak Lancar Demi Kepentingan Agama Islam,Sekaligus Mewujudkan Kelompok Muslimin/Muslimat (Jemaah/Ahli Qariah) Yang Lebih Prihatin Agama dan Mencintai Sunnah.

Bukalah Hati dan Minda Kita. Tunjukkanlah Keperibadian dan Keindahan Islam.

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

(CNP dari FB Ahmad Ezry)

Dialog Islam - Kristian Di Peru



Pada 22/4/2018, berlangsung dialog antara agama yang pertama di Peru. Hermano Hugo mewakili Kristian manakala Firdaus Wong Wai Hung mewakili Islam. Tajuk dialog adalah ‘The Real Theological Problem Between Islam & Christian’.

Hermano Hugo merupakan rakyat Peru pertama yang diiktiraf dan dilantik oleh Vatican City serta memiliki Master di dalam Bible Interpretation Science dan telah menghasilkan hampir 10 buku berkaitan Kristian serta dijemput ke seluruh dunia untuk menyebarkan agama Kristian.

Walaupun tajuknya adalah ‘The Real Theological Problem Between Islam & Christian’ Firdaus Wong memilih untuk tidak bercerita tentang perbezaan tetapi bercerita tentang persamaan yang dimiliki oleh kedua-dua agama utama dunia ini. Kenapa saya memilih bercerita tentang persamaan dan bukannya masalah dan perbezaan?

Islam bermaksud keamanan dan Muslim adalah seseorang yang menyerahkan diri kepada Tuhan untuk mencapai keamanan di dunia dan akhirat dan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam memerintahkan Muslim untuk menyebarkan keamanan di seluruh dunia, maka misi dakwah NGO yang Firdaus wakili adalah menyebarkan keamanan di mana jua mereka berada.

Dialog kelmarin itu adalah dialog antara agama yang julung kalinya diadakan di Peru antara Islam dan Peru dan InshaAllah pihak Kristian dan Islam di Peru telah memberikan komitmen untuk mempergiatkan lagi dialog antara agama kedua-dua agama di seluruh Peru. InshaAllah selepas ini pihak Kristian pula akan menjemput Muslim untuk ke gereja bagi berdialog pula.

Uniknya, dialog turut dihadiri oleh wakil Kristian dari denominasi yang lain dan sejurus selepas dialog antara Firdaus Wong dan Hermano Hugo, mereka mendekati Firdaus dan memuji usaha penganjur mengadakan dialog ini dan mereka tergerak untuk melakukan perkara yang sama antara Islam dengan Protestan Methodist dan Evangelical. 

Ya kita ada perbezaan tetapi kedua-dua penganut agama Islam dan Kristian perlu memahami antara satu sama lain untuk mewujudkan satu komuniti yang aman dan harmoni di sebalik berbezaan yang wujud.

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah kerana Multiracial Reverted Muslim dan Firdaus Wong telah diberikan peluang untuk memulakan satu inisiatif yang diharap akan berterusan serta memberikan manfaat kepada negara Peru serta rakyatnya.

Islam adalah keamanan dan sebarkan lah keamanan dan ajak lah manusia kepada keamanan. Setelah kita berkongsi dan mengajak, Allah jualah yang mengurniakan hidayah.

Mutiara Kata


Di perhentian terakhir itu nanti manusia akan hidup berkekalan, sama ada dengan limpahan nikmat selama-lamanya, atau menghadapi azab, juga selama-lamanya. 
Sebelum tiba di titik akhir itu, manusia terus mengembara di dunia ciptaan-Nya yang fana..




Usaha memperbaiki diri adalah satu perjalanan - satu perjuangan nafas panjang. 
Kita akan sentiasa berubah, sama ada jadi lebih baik (menaik) atau lebih teruk (menurun).




Kata hukama: Untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Untuk membaiki manusia, baiki dulu hatinya".




Tuesday, April 17, 2018

Hati


Daun. 
Kalau dimakan ulat, menjadi sutera.
Kalau dimakan lembu, menjadi daging.

Nasihat. 
Kalau jatuhnya di atas hati yang putih, menjadi penawar yang berguna.
Kalau jatuhnya di atas hati yang hitam, menjadi racun yang berbisa.

Musibah.
Kalau menimpa hati yang bersih, menjadi asbab muhasabah.
Kalau menimpa hati yang kotor, 
menjadi asbab resah gelisah.

Begitulah. 
Benda yang sama.
Sumber yang sama.
Hasilnya menjadi lain-lain.

Tak perlu tengok orang lain. 
Tengok diri kita.
Bila diberi nasihat, apa khabar hati dan jiwa? 
Tunduk mengangguk taat atau benci meronta-ronta?

Bila ditimpa musibah, kita bagaimana?
Mengamuk dan resah gelisah atau redha terima takdir-Nya?

Sungguh semuanya berbalik pada titik yang sama;
Hati. 
Kalau Allah ada di hati kita, 
Apa pun yang diterima, indah belaka.

Air Zamzam





Air Zamzam adalah salah satu dari mata air syurga. Dengan kekuasaan Allah SWT air zamzam turun dari langit ke bumi dan caranya hanya Allah SWT yang tahu.  Nanti apabila datang hari kiamat dan kehancuran dunia, air zamzam akan di pindahkan kembali ke syurga 

Di antara keberkahan air zamzam adalah Allah SWT menjadikan air yang mubarak kerana kota Makkah berkembang kehidupannya dengan kehadiran air zamzam.  

Pada awalnya di kawasan pendalaman Makkah tidak memiliki air sama sekali sehingga tidak seorang pun yang menetap di sana sehingga Allah SWT memunculkan air zamzam untuk menolong Ismail As dan ibundanya Hajar. Kemudian Nabi Ismail As pun menikah dengan kerabat dari keluarga Jurhum

Di surah Al Imran ayat 96-97 Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya rumah yang mula di bangunkan untuk tempat beribadah manusia adalah Baitullah di Makkah yang penuh barakah dan menjadi petunjuk untuk semua manusia.  Padanya terdapat tanda yang nyata, di antaranya Maqam Ibrahim dan barangsiapa yang memasuki Baitullah maka akan mendapat keamanan

Di Baitullah juga ada tanda kekuasaan Allah SWT yang lain iaitu Hajar Aswad dan juga sumur zamzam.

Di surah Al Haj ayat 27-28, Allah menyeru manusia supaya mengerjakan haji dari segenap penjuru supaya mereka dapat menyaksikan berbagai manfaatNya.

Di antara tanda manfaat yang agung yang dapat disaksikan oleh Jemaah haji adalah manfaat air zamzam.  Minum air zamzam  amat mengeyangkan dan mendapat kebaikan dan keberkahan darinya.  Mereka juga boleh memanjatkan doa yang mustajab kerana di antara mustajabnya doa adalah ketika berniat sebelum meminum air zamzam

Air zamzam merupakan pintu kebaikan yang besar. Sengaja Allah  SWT membukakan pintu barakahNya bagi hamba-hamba yang beriman melalui air zamzam

Allah SWT telah memberikan keistimewaan pada air zamzam tidak pada jenis jenis air yang lain. Zamzam di gunakan untuk membersihkan Al Mahal Al Jalil – Wadah yang mulia, ia tu hati Nabi Saw yang mulia lagi suci

Imam Muslim meriwayatkan dalam shahih muslim yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra bahawa Nabi Saw pernah didatangi oleh jibril.  Ketika itu beliau sedang bermain bersama sama teman-teman nya. 

Kemudian jibril menghampiri Nabi Saw lalu membedah hatinya dan mengeluarkan alaqah – segumpal darah dari hati baginda. Lalu Jibril berkata: " Inilah bahagian syaitan dalam dirimu.

Ummu Aiman, pengasuh Rasulullah Saw meriwayatkan: "Baik ketika kecil atau dewasa.... Aku tidak pernah meihat Nabi saw mengeluh kelaparan atau kehausan kerana kebiasaannya ketika selesai bermain, air zamzamlah yang selalu beliau minum untuk mengisi kelaparan dan kehausannya."

Sesungguh zamzam itu sangat barakah kerana ia merupakan tha’am thu’min ya itu nutrisi yang mengenyangkan

Di antara rahmat Allah SWT yang diberikan kepada Air zamzam adalah sebagai ubat dari segala penyakit.  Cukup banyak hadis yang secara khusus menjelaskan tentang khasiat zamzam

Ibnu Abbas, Abu Dzar, Ibnu Hajar semuanya mengshahihkan keutamaan air zamzam.

Air zamzam sesuai dengan niat orang yang meminumnya. Jika di minum dengan niat sebagai ubat dan penawar, maka kesembuhanlah yang Allah SWT berikan. Ketika meminum air zamzam, halakan badan mengadap kiblat dan berdoa: 

"Allahumma ini asaluka ilman nafi’a.  wa rizka wwasi’ah, wa shifa an min kulli da’"
Ya Allah.. Sesungguhnya aku meminta kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan obat untuk segala penyakit.

Kemudian minumlah zamzam sepuas-puasnya

Umar Al Khatabb ra selalu membaca doa ini ketika minum air zamzam:

"Allah humma ini ashrabuhu lizama i yaumil kiamah".
Ya Allah...Aku meminumnya agar tidak kehausan pada hari kiamat kelak

Ada riwayat yang mengatakankan bahawa Nabi saw bersabda:" Meminum air zamzam sampai puas dapat membebaskan diri dari menjadi munafik".

Maksud meminum air zamzam sampai puas adalah meminumnya sampai kenyang sehingga air zamzam memenuhi pori-pori yang sangat  bermanfaat untuk perkembangan otot dan tubuh

Keinginian untuk banyak minum zamzam juga menunjukkan tanda cinta dan kerinduan yang mendalam kepada keagungan ciptaan Allah Swt.

Sesungguhnya sumur zamzam adalah tempat yang dicintai olih Nabi Saw dan keluarganya dan tempat rahmat diturunkan. Dan air zamzam itu adalah minuman untuk orang orang baik baik.




Dari Jabir ra meriwayatkan bahawa melihat air zamzam adalah ibadah.  Rasululaah Saw pernah bersabda:

Di antara  5 hal yang termasuk ibadah adalah:
1. memandang mushaf
2. memandang ka’bah  
3. memandang kedua orang tua
4. memandang air zamzam
5. memandang wajah ulama

Facing The World



When you are truly comfortable with who you are, not everyone will like you. But you also won't care. Never apologize for being yourself.




Take care of your mind and the way you speak to yourself. Don't let negative thoughts weaken you. Your mental wellness is so important.

May any negative energy trying to bring you down come to an end. May the dark thoughts, the overthinking, and the doubt exit your mind. May clarity replace confusion. May hope replace fear. May blessings fill your life.

When you love yourself and glow from the inside, you attract a lot of people who love, respect, and appreciate your energy. Everything starts with how you feel about yourself. Feel worthy. Feel valuable. Feel deserving of receiving the best.

Ketenangan Itu Kekayaan Sebenar




Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati, maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit.

Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir. Yang hebat tidak lagi kelihatan hebat. Bumi yang sangat luas sudah terasa sempit. Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu oleh kegelisahan.

Kata ulama, "Bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati."

Jom Jaga hati, Ingat MATI.