serenemaklong.blogspot.com
Kiambang adalah tumbuhan air terapung yang dikenali sebagai Pistia stratiotes.
Pokok kecil untuk tanaman air ini juga
digelar ‘Floating lettuce’ iaitu salad terapung atau salad air. Tumbuhan air
ini disukai peminat seni taman kerana keindahan bunga kecilnya, selain daunnya
yang berbentuk kelopak bunga tersusun indah dan terapung di permukaan air.
Kiambang sebenarnya mudah dijaga dan
sangat disukai oleh ikan untuk berteduh daripada panas sinaran matahari.
Biasanya pokok ini akan membesar antara 5.1 hingga 45.7 sentimeter diameter serta tergolong sebagai tumbuhan yang sangat mesra alam dan membiak dengan menghasilkan anak pokok.
Biasanya pokok ini akan membesar antara 5.1 hingga 45.7 sentimeter diameter serta tergolong sebagai tumbuhan yang sangat mesra alam dan membiak dengan menghasilkan anak pokok.
Pokok ini memberi oksigen kepada air serta sangat sesuai sebagai kawalan biologi bagi mencegah pembiakan alga dalam kolam kerana ia menyerap lebihan organik yang dihasilkan lumut air.
Walaupun dikenali sebagai pokok tahan lasak, kiambang sebenarnya sukakan teduhan, jika tidak daunnya akan terbakar dan menjadi kekuningan.
Bagi mengelak permukaan kolam ditutup dengan kiambang, tumbuhan ini perlu selalu dibersih dan diasingkan supaya kolam tidak menjadi sesak. Seeloknya, letakkan kolam atau pun pancuran air jauh daripada tempat pengumpulan air hujan kerana kiambang boleh hanyut dibawa air yang mengalir.
Bagi mengelak kiambang hanyut letakkan bakul terapung dalam kolam atau pancuran air. Bakul berkenaan boleh dibeli di nurseri bunga dan kedai peralatan kebun.
Untuk mengawal pembiakan kiambang, letakkan ikan dalam kolam kerana ikan biasanya makan akar pokok kiambang. Atau, letakkan tumbuhan lain dalam kolam. Pemilik juga boleh meletakkan hiasan seperti itik tiruan, batu sungai atau model kincir angin.
Sentiasa selenggara kolam dan buang
kiambang yang daunnya sudah kekuningan atau hampir layu. Tambah nutrien khas
untuk pokok kiambang bagi memastikan ia subur. Nutrien tambahan boleh dibeli
dari nurseri bunga atau kedai peralatan perkebunan.
Tip
Tip
Seluruh
bahagian pokok kiambang dikatakan mengandungi banyak kalium dalam bentuk kalium
klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air tempat ia
tumbuh.
Kiambang juga dikatakan boleh menjadi tempat nyamuk membiak, jadi perlu dibersihkan pokok ini di bawah laluan air atau jirus pokok dengan air mengalir bagi membunuh telur nyamuk.
Kiambang juga dikatakan boleh menjadi tempat nyamuk membiak, jadi perlu dibersihkan pokok ini di bawah laluan air atau jirus pokok dengan air mengalir bagi membunuh telur nyamuk.
Bagi
mengelak kiambang menjadi sarang nyamuk bertelur, letakkan ikan supaya ikan
makan telur nyamuk.
(Sumber: Rohaniza
Idris/Berita Minggu)