serenemaklong.blogspot.com
Ruang
dapur seelok-eloknya dilengkapi kabinet berpermukaan kerja dan sink yang dibina
berasingan. Bahan permukaan kerja pula hendaklah berlainan bagi membezakan
setiap fungsi kawasan kerja. Lain bahan, lainlah pula ciri dan ketahanannya. Ada yang mudah terjejas
oleh tumpahan tertentu dan benda panas, ada juga yang tahan lasak, senang
dibersihkan dan cantik. Justeru sebelum membuat sebarang pilihan, teliti setiap
ciri bahan permukaan kerja yang ditawarkan.
Sama pentingnya dengan meja kerja, sink pula biasanya
terletak antara dua penjuru ruang. Namun, tempat paling sesuai ialah di antara
peti sejuk dengan dapur masak. Sama ada di tengah atau berhampiran peti sejuk
dan dapur masak, sink menjadi laluan serta tempat persinggahan kedua-duanya. Ia
paling sesuai dibina berhadapan tingkap kerana udara segar yang masuk
melaluinya mempercepatkan proses pengeringan pinggan mangkuk.
Lazimnya, sink mempunyai mangkuk tadahan sedalam 0.12
– 0.17 meter tetapi jika kerap memasak, sink sedalam 0.2-0.25 meter diperlukan
untuk kemudahan mencuci periuk, kuali besar dan bahan masakan.
Pelbagai reka bentuk sink terdapat di pasaran,
antaranya:
Berkembar
– untuk menyabun dan membilas
Satu Mangkuk – sering
diguna dan terletak selari dengan dapur masak.
Mangkuk Bulat –
lazim diguna untuk tugas ringan dan diletakkan di sudut.
Tiga Mangkuk –
mangkuk tengah biasanya diguna sebagai tempat membuang sisa makanan, selain
untuk mengeringkan sayuran dan buahan selepas dibasuh, selain piring dan
mangkuk kecil.
Panduan Am
Lindungi kawasan sekitar dapur masak dengan kemasan
terazo, granit atau keluli tahan karat. Ketiga-tiga bahan ini kalis panas,
tahan lasak dan memerlukan sedikit sahaja penjagaan. Bagaimanapun, jika menyewa
atau anda tidak tinggal lama, fikirlah dua kali sebelum memasang bahan ini
kerana ia membabitkan kos tinggi.
Jika sink dilengkapi dengan tempat pengering, pastikan
kemasan permukaannya bersifat kalis air dan tidak terlalu keras bagi mengelak
barangan kaca dan tembikar Cina pecah sewaktu menyusun di atasnya. Kemasan
seperti keluli tahan karat, kayu keras berminyak dan corian antara yang sesuai diguna sebagai tempat pengeringan.
Pastikan sink dilengkapi kepala paip yang mudah diputar
dan seeloknya paip dipasang tinggi supaya peralatan memasak dan menghidang yang
diguna tidak mudah terhantuk sewaktu mencuci.
Kerja memotong dan menyediakan masakan sebaiknya
dilakukan di atas bod kayu. Oleh itu beli beberapa bod kayu untuk diletakkan di
atas permukaan kerja.
Kemasan seperti granit dan batu loh adalah dua permukaan
kerja yang sesuai untuk membuatkan doh tidak melekat.
Permukaan kerja kayu yang disaluti minyak nampak menarik
tetapi elak meletak benda panas di atasnya.
Keluli Tahan
Karat
Dikatakan permukaan kerja dan sink yang hampir sempurna,
kerap diguna di ruang dapur profesional yang mementingkan mutu.
- Tidak
menghakis dan tahan panas.
- Sangat
bersih dan mudah juga dibersihkan.
- Sebaiknya
pilih keluli tahan karat dengan penyudah kemasan bergarisan halus.
- Permukaan
berkilatnya mudah calar.
- Menghasilkan
bunyi bising sewaktu bekerja.
- Sukar
dibentuk melengkung hika hendak dipasang mengikut rreka bentuk kabinet.
Granit
Bahan
semula jadi yang terdapat dalam berbagai warna dan corak. Ia
dipotong mengikut ukuran, malah bagi permukaan kerja serta sink, ia digilap
licin.
- Keindahan semula jadinya sukar dimamah usia.
- Tidak mudah calar.
- Kalis panas dan air serta sukar melekat kekotoran.
- Mahal sedikit kerana ia adalah batu keras yang dipotong menggunakan
mesin.
- Kabinet dasar mesti kuat untuk menampung permukaan kerja atau sink
yang diperbuat daripada batu ini.
- Warnanya
yang gelap kelihatan sejuk dan kelam.
Batu Loh
Kebayakan batu loh terlalu poros untuk digunakan di ruang
dapur, hanya beberapa jenis mengandungi silika sekali gus mengurangkan
keporosan.
- Permukaannya
sejuk dan selesa bila disentuh.
- Tahan
lasak jika mengandungi lebih silika.
- Lebih
murah.
- Tidak
sesuai untuk dibuat sink.
- Jika
batu jenis poros, ia mudah menyerap minyak dan senang kotor.
- Perlu
dilapisi kemasan penyudah untuk mengurangkan keporosannya.
- Warna
nampak pudar dan kurang menarik.
Terazo
Kurang dikenali dan diperbuat daripada campuran serpihan
marmar serta granit yang dicampur dengan simen putih dan kemudian dikilatkan.
- Hadir dalam beragam warna dan corak.
- Boleh
dibentuk mengikut keperluan pengguna.
- Tahan lasak dan
kalis air.
- Kurang
diguna sebagai mangkuk sink.
- Memerlukan
masa dan membabitkan kos pemasanga.
- Tidak
selasak batu asli.
- Corak
yang terang akan hilang serinya selepas lama digunakan.
Kayu Keras
Berdamar
Kayu kerap dipilih sebagai permukaan kerja kerana
keindahan iranya. Lazimnya permukaan kayu disaluti damar bagi melingunginya
daripada cepat rosak.
- Pelbagai
pilihan warna dan ira.
- Boleh
disuaipadan kabinet kayu dengan permukaan kerja.
- Tidak
sesuai dijadikan mangkuk sink sebab tumpahan akan menghakis damar.
- Kesan calar pisau kekal pada permukaan.
- Tidak selasak kemasan kayu lain.
Kayu Cantum
Hujung kepingan kayu digam dan dicantum menjadi satu
blok. Ia menawarkan permukaan kayu yang sesuai untuk kerja memotong.
- Sangat
tumpat dan boleh diguna di seluruh permukaan ira.
- Mata pisau tidak merosakkan ira kayu.
- Mata pisau terhalang daripada membelah ira kayu.
- Tidak boleh dibuat mangkuk sink.
- Kepanasan setempat boleh menyebabkan permukaan kerja melendut.
- Menyerap
bauan makanan seperti bawang putih.
- Kayu
mungkin mengecut akibat kepanasan.
Kayu Berminyak
Kepingan kayu keras digam bersama dan diberus menggunakan
minyak biji rami bagi mengelak kayu merekah atau tertanggal sambungannya
·
Lebih tahan panas.
·
Tahan hentakan
·
Digosok dengan kertas pasir dan kemudian
disaluti minyak bagi mengekalkan keindahannya.
·
Tidak boleh dibuat mangkuk sink.
·
Kepanasan menyebabkan ia melendut dan retak.
·
Kerja mencincang boleh meninggalkan kesan
calar pada permukaannya.
·
Sesetengah kayu keras berminyak ini sangat
mahal
Lapisan Formika
Ia dibina dengan lapisan tebal damar bagi membentuk
selapis bahan pelbagai fungsi.
- Banyak
pilihan warna dan corak.
- Kalis
air dan senang dibersih dengan mengelap sahaja.
- Mudah
dan murah.
- Tidak
boleh dibuat mangkuk sink.
- Mudah
rosak akibat kerja memotong di permukaannya.
- Jika
lama diguna, lapisan formika akan tertanggal.
- Sekali
rosak, permukaan kerja agak sukar dibaiki semula.
Corian
Damar sintetik ini sesuai dipasang di kawasan align
banyak melakukan kegiatan memasak seperti di sekeliling sink yang disambung
bersekali permukaan kerja.
- Bucunya
bulat, selama untuk kanak-kanak.
- Sink
dan meja kerja diperbuat daripada satu kepingan.
- Sukar
dipasang tanpa bantuan pakar.
- Warna
pudar semakin lama diguna.
- Harganya
agak mahal.
Hi-Macs
Diperbuat daripada 100 peratus bahan alkalik. Amat sesuai
dijadikan meja kerja. Ia juga boleh dibuat mangkuk sink yang disambung dengan
permukaaan kerja.
- Bucunya
bulat, selamat untuk kanak-kanak.
- Sambungannya
sukar dilihat.
- Sink
dan meja kerja dalam bentuk satu kepingan.
- Sukar
dipasang tanpa bantuan pakar.
- Harganya
agak mahal.
(Sumber: Anjung Seri)