Tak Usah Dibacakan Saya Surah Yasin!!!
Diceritakan bahawa salah
seorang murid Fudhil bin ‘Iyadh (فضيل بن عياض) sedang nazak (ihtidar), iaitu sedang bertarung dengan maut.
Fudhail duduk di sebelah
kepalanya, dan membaca Surah Yaasiin. Si murid lantas berkata, ‘Ustaz, tak usah dibacakan saya Surah Yaasin’. Fudhil pun berhenti membaca, lalu mengajarnya
menyebut لا إله إلا الله
Pelajar itu berkata lagi, “Saya
tak perlu menyebut لا إله إلا الله
kerana saya tidak sukakannya.”
Ketika itu juga nyawanya diambil oleh Malaikat Maut.
Fudhail pulang ke rumah dan menangis selama 40 hari. Beliau tidak keluar rumah.
Namun pada suatu hari Fudhail terlihat pelajarnya dalam mimpi sedang diheret menuju neraka
Jahannam.
Fudhail pun bertanya
‘Mengapa Allah mencabut semua ilmumu, bukankah engkau dahulu pelajarku yang
paling pintar?’
Si pelajar menjelaskan, hal itu adalah disebabkan tiga faktor:
PERTAMA, disebabkan sifat
namimah (suka menghasut). Dia sering memberikan maklumat yang berbeza daripada
apa yang disampaikan oleh Tuan Guru kepada sahabatnya.
KEDUA, disebabkan sifat hasad dengki terhadap sahabat-sahabatnya.
KETIGA, disebabkan dia mengidap penyakit tertentu, lantas dia menemui seorang
dukun untuk mendapatkan ubatnya. Dukun itu menyuruh dia minum secawan khamar sehari
selama setahun, jika hal ini tidak anda lakukan penyakit anda tidak akan hilang.’
Pelar itu menurut sahaja arahan Si Dukun.
***
Na’uzubillah, kita
berlindung daripada kemurkaan Allah yang sangat perih tiada tara.
الإستعداد للموت وسؤال القبر - (ج 1 / ص 23).... فقد حكي أن تلميذاً للفضيل بن عياض حضرته الوفاة فدخل عليه الفضيل وجلس عند رأسه، وقرأ سورة يس. فقال يا أستاذ لا تقرأ هذه السورة فسكت ثم لقنه، فقال قل لا إله إلا اللّه، فقال لا أقولها لأني بريء منها ومات على ذلك فدخل الفضيل منزله وجعل يبكي أربعين يوماً لم يخرج من البيت ثم رآه في النوم وهو يسحب به إلى جهنم. فقال: بأي شيء نزع اللّه المعرفة عنك وكنت اعلم تلاميذتي؟ فقال بثلاثة أشياء: أولها: بالنميمة، فإني قلت لأصحابي بخلاف ما قلت لك. وثانياً: بالحسد، حسدت أصحابي. وثالثاً: كان بي علة فجاء إلى طبيب فسألته عنها فقال: اشرب في كل سنة قدحاً من خمر فإن لم تفعل تبقى بك العلة فكنت أشربه، نعوذ باللّه من السخط الذي لا طاقة لنا به.
Terjemahan Al Ustaz Ahmad Asri Lubis daripada:
.
No comments:
Post a Comment