Ilmuan Islam - Mengubah Atau Diubah
RAMAI lmuan agama yang disanjungi ketika saat awal keIslaman muallaf -
menyanjungi ilmu, kepetahan bertutur di atas pentas, TV, Radio dan tidak kurang
juga artikel yang terbit di akhbar. Mereka menjadi ikon.
Perlantikan mereka menjadi senator atau masuk parti politik sangat disenangi
kerana mungkin mereka mampu mengubah suasana Islam di Malaysia dari dalam.
Mereka juga mengatakan sedemikian apabila diwawancara oleh media mengenai sebab
mereka masuk parti politik.
Lama-kelamaan memang ada
perubahan tetapi perubahan itu hanya ada pada ilmuan agama berkenaan dan bukan
pada parti politik yang disertai.
Dulu Ustazah tidak pernah pakai mekap tebal ketika berceramah atau muncul di
kaca TV tetapi kini berhias sakan dan mekap tebal mengalahkan artis.
Dulu Ustaz tegur ahli
politik secara terbuka kerana amar makruf nahi mungkar tetapi kini Ustaz kata
kena tegur senyap-senyap. Bila mengenai ahli politi pihak lawan kesilapan pihak
itu dibuat secara terang-terangan pula.
Dulu ketika menjadi imam,
khutbah dibaca di masjid tetapi kini ustaz
membaca doa di majlis pemimpin sahaja.
Objektif menyertai parti politik dengan tujuan untuk merubah memang telah
tercapai. Parti politik yang berjaya mengubah mereka. Hasrat untuk mengubah,
sudah menjadikan mereka diubah pula.
Sepatutnya pemimpin
politik mendatangi ilmuan agama. Biar Islam yang memimpin politik. Namun sayang
seribu kali sayang, kini politik pula yang memimpin Islam...
Ini cuma luahan rasa hati muallaf yang sayangkan Ustaz dan Ustazah. Tiada kena
mengena dengan mana-mana parti politik. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Sumber:
No comments:
Post a Comment