Sunday, September 25, 2016

SANTAU



SANTAU adalah rangkaian dari 3 perkara: Ramuan, Sihir dan Makhluk halus.

Asal Santau: Seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan lain-lain. Termasuk juga di bahagian selatan negara China. Ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab,Timur tengah, Afrika dan lain-lain. Masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yang lain.

Dahulu di Sumatra, Indonesia, santau digunakan seperti alat permainan masyarakat. Dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka menguji sejauh mana kehandalan atau kebolehan mangsa. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah perkasa) seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah dengan santau. Wallahu alam.


JENIS-JENIS SANTAU

1) Santau Angin:

Pembawa santau akan membawa santaunya berjalan di khalayak ramai. Santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut.

Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau. Semua akan terkena termasuk haiwan. Nauzubillah. Hanya insan yang beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.

Santau ini dibawa oleh pembawanya melalui celah kuku tangan. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan santau untuk memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku sebelum membuangnya di khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari : 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa. Nauzubillah.

Dengan melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, pembawa santau menyebarkan atau membuang santau dengan kaedah menjentik-jentik jejari di kawasan umum. Jika ada orang ketawa, mulut terbuka luas sampai boleh terlihat lelangit dan bahagian tekak. Ini peluang bagi si pembawa santau. Tempat biasa untuk sebaran atau dibuang santau 8alah di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri dan sebagainya.
Wallahu alam.


2) Santau Tuju:

Ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada orang yang dituju memang akan terkena (dengan izin Allah). Jika dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Wallahu'alam.

Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu setelah mengetahui tarikh lahir mangsa. Penyantau akan membuat perkiraan di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari. , jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahannya, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa untuk menyerang.


3) Santau Makan dan Minum:

Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut, contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan atau gelas yang berisi air sejuk dan sebagainya, air tersebut jadi macam menggelegak, gelas yang dipegang meletup atau pecah dan boleh dilihat dalam makanan tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti rambut lelaki yang baru bergunting), serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan. Wallahu alam. Tempat biasanya dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.

4) Santau Langkah:

Biasa berlaku di tempat kerja, di mana orang yang mempunyai hasad dengki menaburkan bahan-bahan santau di pintu sambil menyebut mangsa yang hendak dituju. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Harus diingat, santau hanya akan kena pada mangsa melalui mulut (makan, minum,angin), pijak langkah. Wallahualam.

Santau boleh dijual beli, contoh, pembuat santau menternak santau secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang berminat. Pembeli boleh juga mengupah penyantau untuk menyantau mangsa. Pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari penternak cara menyantau orang. Budak umur 12 tahun pun boleh belajar. Nauzubillah.

Santau ini ada gred tersendiri, Jika gred tinggi, kesan pada mangsa seperti muntah darah yang banyak, kritikal dan mungkin membawa maut. Ada gred rendah tetapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya.

Santau boleh menyebabkan berlakunya SAKA, kerana jin dan syaitann yang berada dalam santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak. Nisbah manusia melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tetapi jin dan syaitan,seekor jin/syaitan = 9 anak. Jenis mangsa: orang yang kuat beramal soleh (good muslim), orang yang mempunyai kelebihan dan baik.

Kenapa syaitan atau jin tidak mengganggu orang kafir atau orang yang tidak mengikut perintah Allah Ta'ala?

Syaitan atau jin tidak akan mengganggu yang sebangsa dengan mereka yang bermaksiat atau tidak bermoral. Mereka memang sudah dihanyutkan oleh makhluk-makhluk ini dengan perkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Disko dan kelab malam tidak ada orang kena santau. Orang yang suka ke masjid dan beramal soleh jadi mangsa kerana mereka musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah.

TUJUAN SANTAU DIBUAT

1) Amalan diri: Pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal
2) Pertahankan diri: Kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan, ia dibalas balik mengguna santau. Pada zaman sekarang, manusia jahil menggunakan santau untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri
3) Membalas dendam, dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.

RAMUAN SANTAU

1) Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman)
2) Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung
3) Habuk sumbu pelita minyak tanah
4) Hempedu katak puru. Biasa digunakan di Kedah atau Perlis. Katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi layu yang terletak di sawah.
5) Kaca botol kaca atau kaca lampu, ditumbuk dan diayak dan diambil serbuknya yang halus.
6) Kuku manusia, atau haiwan.
7) Rambut
8) Tali sabut, direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus.
9) Kacang babi. Wallahu alam tidak tahu rupa bentuknya tetapi orang Asli - Aborigines people - tahu sebab mereka cari dalam hutan.
Bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya. Nauzubillah. Ada sampai terpaksa dipotong salah satu anggota badan yang terkena.
10) Tembikar lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria.
11) Tulang haiwan mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang mati akibat menyeksa terseksa diri. Biasanya jin yang tertempek pada
haiwan sedemikian digunakan ialah jenis Hantu Raya kelas A.
12) Benda-benda yang gatal, sabut batang pokok enau, lipas, juga binatang berbisa seperti ular, labah-labah dan lain-lain.

Bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau.

FUNGSI SANTAU

Untuk menyeksa hidup dan membunuh mangsa.

BAGAIMANA SANTAU DIBUAT DAN DIPROSES

1) Pembuat santau mengumpulkan bahan-bahan yang hendak digunakannya.
2) Bila semua ramuan sudah cukup, pembuat santau akan memilih suatu hari dalam bulan yang betul-betul gelap (menurut kalendar Melayu Islam).
Bahan santau dibawa ke simpang tiga yang tiada ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam buta secara sendirian,
tanpa ditemani sesiapa.
3) Kemudian bacaan mentera jampi serapah dimulakan mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau dengan sehelai kain.
4) Cara bahan santau itu aktif ialah ketika pembuat santau sedang membaca mentera, kain yang menutup bekas santau naik ke udara, kemudian keluar
suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut perintah kamu'. Itu bermakna ramuan santau itu sudah menjadi. Apabila bahan santau
'menjadi' ia membiak macam yeast. Kalau sudah masuk dalam tubuh mangsa, ia lebih cepat membiak macam virus. Tetapi sekiranya bahan santau itu
tidak menjadi, pembuat santau akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.
5) Apabila bahan santau aktif, ia akan disimpan dalam bekas tabung. Zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung di pepara
dapur. Kalau zaman sekarang, Wallahualam, mungkin dalam balang atau sebagainya.
6) Dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau akan memeriksa bekas santau sama ada penuh atau tidak. Jika penuh dan melimpah pembuat santau
membuang santau dengan cara yang diterangkan sebelum ini, sama ada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tidak sempat
hendak dibuang, dia terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakannya sendiri.

Soalan cepuemas: "Bolehkah santau ini dibuang?" Jawabnya, BOLEH.

TANDA TERKENA SANTAU

1) Batuk yang berterusan walaupun makan ubat hospital pun tidak juga sembuh. Gejala batuk berlaku pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib,
pagi, tengah malam, menjelang subuh, ada yang 24 jam (macam batuk anjing)
2) Muntah darah
3) Rasa mencucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki)
4) Demam panas
5) Sakit kepala
6) Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan
7) Tiada selera makan (kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah)
8) Susah idur malam
9) Kerap mengantuk di siang hari
10) Gatal-gatal badan
11) Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)
12) Pelupa
13) Resdung
14) Barah
15) Kayap
16) Lumpuh (yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila
17) Lemah tenaga batin
18) Kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo),
19) Penyedih
20) Penakut
21) Pembenci
22) Pemalas
23) Fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri
24) Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
25) Sakit perut dan sakit belakang.

KESAN DARl TERKENA SANTAU:
1) Merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram),
2) Merosakkan rumah tangga,
3) Merosakkan organ dalaman,
4) Merosakkan fikiran dan maut.

Tanda fizikal mangsa santau:

Warna kebiru-biruan (biru kundang) pada kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang.

Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu. Kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan. Bila dikeluarkan rupanya kelihatan masih baru. Namun sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun bertapak. Apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam.

Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tidak dapat dikesan. Biasanya dalam filem x-ray tersebut, bahagian paru-paru kelihatan gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau yang masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, akan menjadi racun dalam pembuluh darah sebagaimana masuknya jin, syaitan, sihir dan menyerap ke seluruh badan hingga terus ke otak. Santau menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot.

[SUMBER INFO DARI PENGAMAL PERUBATAN ISLAM]

No comments:

Post a Comment