Tuesday, March 31, 2015

Penyembuhan Melalui Asmaul Husna

Menurut Doktor Ibrahim Karim (biologi), Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah -----Asma ul Husna mempunyai kuasa penyembuhan untuk sebilangan besar penyakit.Beliau menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yang tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut: ★ Kaedah rawatan ★ ●●☞ * Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh in sya Allah. . 01》 Telinga ••► As Sami 02》 Tulang ••► Al Nafi 03》 Tulang Belakang ••► Al Jabbar 04》 Lutut ••► Al Rauf (The Clement) 05》 Rambut ••► Al Badi (Pencipta) 06》 Jantung ••► Al Nur (Cahaya) 07》 Otot ••► Al Qawi (Maha Kuat) 08》 Gelombang Jantung ••► Al Wahab 09》 Jantung otot ••► Al Razaqq 10》 saraf ••► Al Mughni 11》 Arteri ••► Al Jabbar 12》 Perut ••► Al Razaqq 13》 Kanser ••► Al Jalil (The Mighty) 14》 Tiroid ••► Al Jabbar 15》 Thigh ••► Al Rafi (The Exalter) 16》 Migrain ••► Al Ghani (The Rich One) 17》 Mata Arteri ••► Al Mutaali 18》 Buah Pinggang ••► Al Hayy 19》 Colon ••► Al Rauf (The Clement) 20》 Usus ••► Al Razzaq 21》 Hati ••► Al Nafi 22》 Pankreas ••► Al Bari 23》 Lemak Sacks ••► Al Nafi 24》 Rahim ••► Al Khaliq (Pencipta) 25》 Pundi Kencing ••► Al Hadi (Panduan) 26 》Reumatik ••► Al Muhaymin (The Guardian) 27》 Prostat ••► Al Rashid 28》 Saraf Mata ••► Al Zahir 29》 Kelenjar pineal ••► Al Hadi 30》 Tekanan Darah ••► Al Khafed 31》 Paru-paru ••► Al Razzaq 32》 Thymus Kelenjar ••► Al Qawi 33》 Kelenjar atas Buah Pinggang ••► Al Bari 34》 Rambut Peel ••► Al Jalil (The Mighty) 35》 Rongga Hidung ••► (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem) 36》 Mata ••► (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Non-Muslim Dan Kafir Itu Sama?

Orang-orang yang bercakap sesedap mulut mudah sahaja menggelarkan saudara-saudara NON-MUSLIM itu sebagai KAFIR. KAFIR merujuk kepada orang yang TELAH MENGETAHUI KEBENARAN ISLAM LALU MENOLAKNYA. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.(2:6). Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (17:15)
Adakah kita yakin mereka (Non-Muslim) telah mengetahui kebenaran Islam? Hati-hatilah apabila hendak menuduh seseorang itu kafir ataupun fasik: "Janganlah seseorang itu MENUDUH ORANG LAIN sebagai FASIK atau KAFIR, sebab JIKA TIDAK BENAR, TUDUHAN ITU AKAN KEMBALI KEPADA DIRINYA". (HR. Bukhari). Adakah NON MUSLIM = KAFIR? Jawapannya, TIDAK, sebab bukan semuanya mengetahui kebenaran. Tahukah anda apa sebabnya? KERANA ORANG ISLAM SENDIRI TIDAK MENYAMPAIKAN KEBENARAN ISLAM KEPADA MEREKA. Oleh itu, janganlah kata Non Muslim itu kafir tetapi katakanlah Non Muslim itu BELUM ISLAM.

Monday, March 30, 2015

Semangat Syekh Yasin Hidup Di Palestina

USIANYA renta. Badannya lumpuh. Mata kirinya rabun. Telinganya didera radang. Paru-parunya mengalami alergi. Namun walaupun tubuhnya lemah, jasadnya paling dicari Israel. “Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?” Begitulah cara Asy-Syahid Syekh Ahmad Yasin mendefinisikan arti perjuangan atas pembebasan tanah wakaf kaum muslimin di Palestina.Jika umat Islam lupa kewajipan membebaskannya, biarlah dia bersama kerusi rodanya yang menebusnya.“Aku tidak mampu kemana-mana untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku …. Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?”
Syekh Ahmad Yasin menterjemahkan erti perjuangan dengan caranya: merancang kelompok Mujahidin Palestina tahun 1982, meletuskan intifadhah Disember 1987, sehingga lahirlah Hamas.Demikian takutnya Yahudi kepada semangat juangnya, Israel sampai harus menjatuhkan hukuman seumur hidup bagi Syekh Ahmad Yasin. Ya, untuk seorang ulama yang mengaku tidak mampu memapah senjata dan mengangkat pena kerana tangannya lumpuh.Syekh Yasin menyerahkan seluruh hidupnya untuk Islam. Lelaki kelahiran 1938 ini yang hampir tidak mampu menggerakkan tubuhnya sendiri, namun Allah memberinya kemampuan menggerakkan jiwa raga jutaan orang. Hari-hari Syekh Yasin diisi dengan ibadah, luangnya dipenuhi dengan tarbiyah, tangan dinginnya dipakai untuk melahirkan kader dakwah.
Maka muncullah Abdul Aziz Rantisi, Ismail Haniya, Khalid Misyal, dan lain-lainnya. Anak-anak muda yang gigih bersamanya menubuhkan Hamas. Sebulan kemudian meletuslah Intifadhah. Berkali-kali Syekh Yasin hidup dalam penjara bersama kerusi rodanya. Dari tahun 1965, 1985, dan 1989. Dalam pengadilan terakhir, beliau dipenjara seumur hidup plus 15 tahun. Tuduhannya, mendalangi serangan rakyat Palestina ke atas Israel dan melucutkan senjata tentera Israel, warga Yahudi, serta penculikan ejen-ejen Israel.Di dalam penjara, pukulan bertubi-tubi bersarang di mata dan kepalanya. Namun seksaan itu dilaluinya dengan tawakal dan penuh kesabaran. Kerana semuanya adalah sebahagian dari perjuangan.
Syekh Yasin akhirnya dibebaskan pada tahun 1997 akibat pertukaran tawanan. Anak-anak didiknya di Hamas berhasil menawan dua ejen Mossad yang hendak meracuni Khalid Misyal.Keluar dari penjara, Syekh Yasin kembali menyuarakan perjuangan untuk membebaskan Palestina.Bersama Hamas, beliau kembali melakukan tentangan ke atas Israel ketika Ariel Sharon menyerang Masjid Al Quds dan diikuti dengan pembunuhan terhadap jemaah yang sedang solat. Lalu meletuslah intifadhah kedua.Berbagai cara dilakukan Israel untuk membunuh Syekh Yasin dan selalu gagal. Hingga pada subuh Isnin, 1 Safar 1425 Hijrah, 22 Mac 2004, Apache Israel buatan Amerika Syarikat memuntahkan tiga buah roket ke tubuh lemah berjiwa baja di atas kerusi roda itu.
Suara gelegar tiga roket meledak itu seakan menghancurkan langit Gaza Subuh itu. Abdul Hamid, anak Syekh Yasin, tercampak beberapa belas meter dari kedudukan ayahnya. “Saya tak melihat di mana tubuh ayah saya,” kenangnya. “Di dekat saya ada lima jenazah yang hancur bergelimpangan… Darah membanjir ke mana-mana…” Hari itu, menjadi hari duka bagi rakyat Palestina. Jutaan rakyat Palestina menangis. 200 ratus ribu orang menghantarkannya ke pemakaman. Gema takbir menyelimuti langit Gaza.Jasadnya mungkin tiada, namun gagasan dan cita-cita terus mengalir menembus jiwa-jiwa kaum muslimin demi melanjutkan perjuangannya. “Tanah Islam secara paksa telah dirampas oleh Yahudi Zionis dan itu hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Palestina adalah tanah wakaf yang tidak boleh diserahkan, walaupun hanya satu inci, untuk itu kamu bersedia melakukan segalanya,” pesannya. [Sumber: Islampos]

Friday, March 27, 2015

Kuasai Dahulu Ilmu Dasar

Ramai orang gemar membaca buku-buku pemikiran tentang agama, sedangkan ilmu-ilmu dasarnya belum dikuasai dengan baik. Pemahaman terhadap Islam juga masih lemah.Ada juga yang pada awalnya membaca buku berbau “liberal” dengan alasan untuk menambahkan wawasan. Tanpa disedari sedikit demi sedikit akan mulai terpengaruh dengan pembacaannya. Dan yang paling berbahaya adalah tanpa ilmu yang mencukupi seseorang mungkin akan terkeluar dari landasan dasarnya. Akhirnya mereka merasa mendapatkan sesuatu ilmu yang disangkanya sebagai pencerahan, padahal dasar keilmuannya sangat terbatas. Ibarat gelas kosong. Apa yang dimasukkan itulah yang menjadi isinya. Kalau yang dituangkan minuman yang menyihatkan maka itu akan sangat bermanfaat bagi dirinya. Sebaliknya, kalau dituangkan minuman yang kotor, apalagi racun, sudah tentu sangat membahayakan.Ilmu itu bagaikan madu. Tetapi adakalanya sampai tahap yang bagaikan hempedu, maka hanya orang yang berilmu luas sahaja yang dapat membezakannya.Kuasailah dahulu Rukun Islam dan Rukun Iman dengan sebaiknya supaya tidak akan terkeluar dari batas keimanan yang sentiasa ingin kita miliki dengan sempurna.
Menuntut Ilmu itu wajib: Jom tambah sedikit pengetahuan-----UNDANG-UNDANG JENAYAH dalam Islam ada 4 jenis: a. Qisas b. Hudud c. Diyat d. Ta'zir---------QISAS melibatkan 3 kes, iaitu : a. Bunuh dengan sengaja b. Melukakan dengan sengaja c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja ----------HUDUD pula melibatkan 6 kes : a. Murtad b. Merompak c. Minum arak d. Berzina e. Mencuri f. Tuduh zina (qazaf)---------- DIYAT (pampasan) pula melibatkan 2 kes : a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja---------- TA'ZIR pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya---------------- Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Monday, March 23, 2015

Zina Mata

Ketajaman pancaindera ke-6 telah banyak mengungkap rahsia yang mungkin masih tersembunyi dari ke-5 pancaindera yang lain. Siapa yang tidak takjub dengan ketajaman mata hati yang sering disebut “hati nurani”. Pada suatu ketika Anas bin Malik r.a. telah datang berjumpa dengan Khalifah Utsman Affan untuk suatu urusan. Di dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang wanita yang sungguh cantik sehingga Anas terpegun dan melirik lama pandangannya kepada wanita tersebut. Ketika Anas sampai ke rumah Khalifah Utsman bin Affan lalu dia ditegur, "Telah datang seseorang di antara kalian yang di matanya ada bekas zina. Tidakkah engkau tahu bahawa zina mata adalah pandangan yang liar Anas? Segeralah bertaubat."
Alangkah terperanjatnya Anas dengan ucapan Khalifah Utsman. Bagaimana Khalifah Utsman tahu apa yang telah dia lakukan? Padahal perbuatan itu tersimpan di hatinya dan tertutup dari pengetahuan orang. Lalu Anas bertanya, "Subhanallah, bagaimana engkau tahu? Adakah masih turun wahyu setelah Rasulullah s.a.w wafat? Utsman menjawab, "Itu adalah firasat seorang mukmin." Pada ketika itu ingatlah Anas tentang sabda Rasulullah saw, "Takutlah dengan firasat seorang mukmin.Sesungguhnya hati mereka melihat dengan Cahaya Ilahi." [Ustazah Siti Nurbaya Usman]

Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah

Masuk syurga kerana Rahmat dan Kemurahan ALLAH. Allah tidak memerlukan amalan hamba-Nya. Allah memerintahkan hambanya supaya beramal, supaya dia sedar bahawa dirinya lemah dan selalu memerlukan pertolongan-Nya. Pengakuan ini sangatlah penting.Dikisahkan bahwa ada dua roh yang diseksa di dalam neraka. Allah kemudian memerintahkan kedua-duanya dikeluarkan.
Setelah keluar, Allah bertanya kepada mereka, “Apakah yang menyebabkan kalian berdua masuk ke dalam neraka?” “Nafsu kami, Ya Allah,” jawab mereka. “Bukankah Aku telah melarang kalian bermaksiat kepada-Ku? Bukankah Aku telah mengutus para Rasul-Ku dengan bukti-bukti yang nyata? Dan bukankah telah Aku katakan melalui lisan para ulama, barangsiapa yang taat kepada-Ku akan memperoleh syurga, istana, wildan, dan bidadari, sedangkan yang durhaka kepada-Ku akan diseksa di neraka bersama Qarun, Firaun, dan Haman?” “Benar, tetapi kami tidak taat dan selalu bermaksiat kepada-Mu Ya Allah,” jawab kedua-dua roh tersebut. “Kalau demikian, kembalilah kalian ke neraka, dan rasakanlah seksaku yang pedih di dalamnya,” perintah Allah.
Mendengar perintah tersebut, roh pertama bergegas kembali. Namun roh kedua berjalan dengan enggan sambil sesekali menoleh ke belakang.“Mengapa engkau berjalan tergesa-gesa?” tanya Allah kepada roh pertama. “Ya Allah, dahulu aku selalu membangkang terhadap perintah-Mu. Sekarang, sudah seharusnya aku taat kepada-Mu.” “Dan kamu, mengapa tidak segera kembali ke neraka?” tanya Allah kepada roh kedua. “Aku sangat mengharapkan ampunan-Mu, Ya Allah. Mustahil Engkau akan mengembalikan kami ke neraka setelah Engkau membebaskan kami darinya.”
Dengan penuh kasih sayang Allah berkata kepada keduanya, “Masuklah kalian berdua ke dalam syurga. Masuklah kamu ke dalam syurga wahai roh yang pertama, kerana kamu telah mentaati perintah-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam syurga wahai roh yang kedua, kerana kamu percaya kepada rahmat dan kemurahan-Ku.” [Sumber:Iblispun Ingin Bertobat/karya: John Rinaldi ash-Shiddidqi/penerbit:insan]

Jangan Curi Masa Majikan!

Orang Islam mesti tunjukkan contoh yang baik. Apabila tiba waktu makan tengah hari, bersegeralah makan dan solat. Jangan solat di luar waktu makan tengah hari (melainkan waktu solat berada di luar waktu itu). Selepas solat, segera masuk ke pejabat/kelas. Antara korbankan waktu makan dan waktu solat, lebih baik korbankan waktu makan. Jangan jadi fitnah kepada agama. Ada sesetengah kawan belum Muslim salah faham dengan agama Islam. Katanya "You punya agama, jadikan orang tidak produktif" sebab pekerja Islam selalu masuk kerja lambat dengan alasan solat. Kemudian, bila petang, keluar awal, dengan alasan solat. Ada sesetengah pekerja, selepas punch card, keluar ofis, dengan alasan solat. Gaji dibayar untuk kerja 9 pagi ke 5 petang, tetapi waktu kerja, hanya beberapa jam sahaja. JANGAN MENCURI masa majikan anda! Tidak kira majikan seorang muslim mahupun belum muslim [Kredit : Raja Kamil]

Makan Buah Masa Perut Kosong

Makan buah-buahan SEMASA PERUT KOSONG adalah salah satu strategi menyembuhkan kanser yang digunakan oleh seorang doktor bernama Dr Stephen Mak. Kerapkali ada orang mengadu bila makan tembikai dia sendawa, bila makan durian perutnya kembung, bila makan pisang terasa hendak pergi ke tandas. Semua ini tidak timbul jika buah-buahan dimakan ketika perut kosong. Buah-buahan yang bercampur dengan makanan lain akan rosak dan menghasilkan gas. Sebagai contoh, OREN dan LEMON adalah buah berasid, tetapi ia menjadi alkali bila berada dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang membuat kajian mengenai perkara ini.
Jika hendak minum jus buah-buahan, minumlah jus buah sebenar, BUKAN dari tin. Jangan sesekali minum jus yang telah dipanaskan. Jangan makan buah-buahan yang dimasak kerana nutriennya akan rosak. Makan buah-buahan secara keseluruhan adalah lebih baik daripada minum jus. Jika perlu minum jus, minum perlahan-lahan. Biarkan ia bercampur dengan air liur sebelum menelannya. Anda boleh puasa dengan hanya makan buah selama 3 hari untuk membersihkan badan.
EPAL -----Satu epal sehari menjauhkan doktor dari kita? Walaupun epal rendah vitamin C rendah, ia mempunyai antioksidan flavonoid yang meningkatkan aktiviti vitamin C, dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung dan strok.
KIWI ----- adalah sumber kalium, magnesium, vitamin E dan serat. Kandungan vitamin C dua kali ganda daripada oren.STRAWBERI mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama dan melindungi tubuh daripada penyebab kanser, saluran darah tersumbat dan radikal bebas. OREN -----Mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjauhkan selsema, kolesterol, mencegah dan memecahkan batu karang, juga mengurangkan risiko kanser kolon.
TEMBIKAI-----Penghilang dahaga tersejuk. Terdiri daripada 92% air, ia juga penuh dengan dos glutation yang membantu meningkatkan sistem imun. Ia juga merupakan sumber utama lycopene, oksidan yang melawan kanser. Nutrien lain yang terdapat dalam tembikai adalah vitamin C dan Kalium. JAMBU dan BETIK -----paling banyak mengandungi vitamin C. Jambu Batu kaya dengan serat yang membantu mengelakkan sembelit. Betik pula kaya dengan karotena. Ini baik untuk mata

Saturday, March 21, 2015

Beruntungkah Umat Nabi Muhammad s.a.w.?

Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad s.a.w.. kalau pada zaman Nabi Lut a.s, kaumnya yang berorientasi seks luar tabii, ALLAH azab terus lenyap dari muka bumi.. tetapi bagi umat Nabi Muhammad s.a.w, ALLAH tunda dulu azabnya di muka bumi ini, ALLAH bagi peluang agar pengamal seksualiti songsang ini bertaubat...Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.. dulu umat Nabi Nuh a.s majoritinya tidak mahu beriman kepada ALLAH, lalu ALLAH tenggelamkan dunia dengan banjir besar, tetapi sekarang kita umat Nabi Muhammad s.a.w ALLAH beri peluang untuk kita insaf dan perbaiki diri...Beruntungnya kita umat Nabi Muhammad.. Kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam a.s dan Hawa memakan buah terlarang, mereka terus teraib dan disingkir dari syurga.. Tetapi sekarang, kerana kerana kita umat baginda s.a.w, ALLAH tidak mengaib terus pada mereka yang membuat perkara yang ditegah dan dilarang, ALLAH beri peluang untuk kita bertaubat... BERUNTUNGKAH KITA DI AKHIR ZAMAN INI?? SEBENARNYA KITA DI AKHIR ZAMAN INI ADALAH UMAT PALING RUGI, KERANA TIDAK BETUL-BETUL MENGIKUT CARA NABI S.A.W DAN MENGABAIKAN PERINTAH ALLAH S.A.W UMAT AKHIR ZAMAN SUKA MENGIKUT NAFSU DARIPADA MENGAWAL NAFSU...[Faiznor Faiznor]

Friday, March 20, 2015

Khasiat Pegaga

Pegaga, atau nama saintifiknya "Hydrocotyle Asiatica Linn" adalah daripada Famili Umbilliferae. Selain digunakan sebagai ulam, tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. UNTUK MENYERIKAN WAJAH ------ Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Kemudian diminum sekali sehari selepas makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. In sya Allah wajah anda akan lebih berseri.UNTUK MENGECURKAN ALAT PERANAKAN ------ Makan pucuk pegaga sebagai ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.UNTUK MENGHILANGKAN BINTIT HITAM DI MUKA ----- Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan airnya dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. MENGUBATI SAKIT KEPALA-----Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut diminum.
MENGUBATI SENGAL BADAN -----Daun pegaga direbus dengan bawang dan air rebusan itu diminum. MENGUBATI SAKIT MATA -----Daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit gula. MENGUBATI DEMAM KEPIALU ATAU TYPHOID ----- Daun pegaga ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi. Khasiat pegaga yang lain ialah mengatasi PENYAKIT KENCING MANIS, mengurangkan KADAR LEMAK BADAN setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu, mengatasi SEMBELIT dan ANGIN, melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR dan membantu MENGELUARKAN TOKSID akibat sembelit, MENURUNKAN KADAR ASID URIK BERLEBIHAN akibat PENYAKIT GHOUT, menghilangkan SAKIT KEPALA akibat migrain, MENGHALUSKAN KULIT, MENGUATKAN SEL OTAK, menguatkan IMUNISASI BADAN, sangat baik untuk WANITA HAMIL dan yang telah MELAHIRKAN ANAK, mencegah masalah KARDIOVASKULAR, sesuai untuk WANITA MENOPOUS dan OSTEOPOROSIS, anak-anak KEMBUNG PERUT -----beri dia minum air pegaga yang ditambahkan madu asli, PENYAKIT KULIT seperti KURAP, GATAL-GATAL, KUTU AIR - GENGREN -----(ambil hampas teh pegaga dan sapu pada bahagian kulit tersebut, BUASIR -----setelah tehnya diminum, hampas teh itu hendaklah dibungkus dalam kain putih dan diselitkan ke tempat yang sakit, kemudian pakai seluar dalam. KITA DIGALAKKAN MINUM SETIAP RENDAMAN TEH PEGAGA sebanyak 3 kali. Setelah itu barulah hampasnya diguna untuk penyakit lain. CARA MERENDAM, BIARKAN AIR YANG BARU MENDIDIH ITU SELAMA 10 HINGGA 15 MINIT, KEMUDIAN BARULAH DIRENDAM TEH HERBA PEGAGA INI.

Thursday, March 19, 2015

Kubu Pertahanan Mandailing Di Kuala Lumpur

6 buah kubu dan sebuah Pusat Pertahanan Kawalan Kampung mempertahankan Kuala Lumpur dari serangan angkatan bersekutu pimpinan Tengku Kudin atas titah Sultan Abdul Samad telah dibina.
KUBU UTAMA BUKIT NANAS-----Raja Asal mengetuai pertahanan kubu Bukit Nanas. Dibantu oleh Imam Perang Malim Panjang, Imam Perang Katin aka Tok Panglima Katin dan Jabintang. Mereka juga disertai oleh lain-lain pahlawan Mandailing seperti Jamantiko, Jakaloka, Jabinanga, Jabaringin, Jaboji, Jabalun, Jamalintang, Jamangitung Serigala Tonga, Sutan Mogal Babiat Jolma, Jaborotan, Jasakandan, Jasamalan, Jasalompuan keluarga Arab Sayid Kenang termasuk Sayid Yusuf, Siti Sari dan Siti Puteh.
KUBU KOTA PERMULAS -----Imam Perang Harimau Berantai @ Imam Perang Jabarumun mengetuai pertahanan di Kota Permulas kubu di Bukit Tabor, Hulu Kelang yang merupakan benteng pertama menghadapi angkatan perang Pahang. Beliau dibantu oleh Dato Kelana Japaruhum, Jahang, Baginda Porang, Jakuman, Jabunga, Sutan Palangan, Sutan Kajor dan lain-lain lagi serta orang-orang Rawa yang diketuai oleh Dato Hulubalang Haji Marusin dan abang-abangnya Haji Muhammad Taib dan Haji Zakaria dan 500 pejuang Mandailing dari Padang Lawas, Labuhanbatu, Natal dan Air Bangis serta orang-orang Rawa bekas pejuang angkatan perang Jihad Padri pimpinan Tuanku Rao di Sumatera.
KUBU PETALING BATU-----Kubu parit Petaling Batu, jaraknya lebih kurang 3 km dari Kuala Lumpur di pertengahan jalan ke Kelang adalah kubu pertahanan hadapan menghadapi musuh dari Kelang. Dipimpin oleh Raja Laut Nasution dibantu oleh panglima-panglimanya Jamogek, Jalumat dan Nakhoda Kuning bersama Pasukan Laut Angkatan Padri yang mempunyai kekuatan seramai 400 anggota.
KUBU SIPUTEH -----Di sebuah bukit tidak jauh dari kubu Petaling Batu, kubu ini diketuai oleh Wan Puteh dibantu oleh pemimpin-pemimpin orang-orang Kampar dan orang-orang Tolu iaitu Manda Usman, Lanah dan Abdul Wahab Tolu dan pemimpin orang-orang Bengkulu dan Kerinci seperti Imam Perang Alam dan Imam Perang Mangku. Di sini Wan Puteh bersama dengan 400 orang pejuang Mandailing, Kampar dan Tolu akan mempertahankan kubu Siputeh.
KUBU GOMBAK-----Sutan Na Poso dan panglima-panglimanya 2 beradik Sutan Bandero Raja @ Jamarilun dan Jabarita serta 450 pengikut-pengikut mereka yang kebanyakannya marga Lubis dan marga Rangkuti dari Maga Lombang mempertahankan Kubu Gombak. Kubu Gombak ini agak penting kerana ia merupakan kubu kedua yang menghadap ke timur Selangor yang bertentangan dengan negeri Pahang. KUBU KUALA AMPANG -----Kubu ketiga menghadap Pahang diketuai oleh Jabolga yang merupakan salah seorang panglima kanan Sutan Na Poso dan dibantu oleh beberapa pahlawan Mandailing yang lain seperti Jalaungan, Japayung, Jabangunan, Jabanding dan Jabernang dengan kekuatan 300 orang pahlawan Mandailing yang kebanyakannya marga Lubis dari Mandailing Julu. PUSAT PERTAHANAN KUALA LUMPUR -----Jabunus aka Tok Bunus mengetuai pusat pertahanan di Kampung Duri yang berfungsi sebagai pusat kawalan dan pertahanan kampung di Kuala Lumpur. Ini memperkuatkan kawalan keselamatan terhadap orang-orang Mandailing di Kuala Lumpur dan kampung-kampung Mandailing yang berdekatan. Jabunus dibantu oleh Jaakub, Sutan Duri, Baginda Kayo Sidursat @ Haji Arshad, Haji Abdul Ghani, Jamanambin, Jasuman bersama-sama dengan 100 pejuang Mandailing dan 1500 penduduk-penduduk kampung. [Dipetik dari tulisan Mohd Azli Azizi Nasution]

Ihsan Kemuncak Islam Dan Iman

Ciri-ciri orang Islam di sekeliling kita:
ORANG MUKMIN – orang beriman yang percaya dalam hatinya, mengucapkannya secara lisan dan beribadah kepada Allah dalam kehidupan sehariannya. ORANG FASIK – percaya dan yakin kepada Allah tetapi tidak menjalankan ibadah dalam kehidupan sehariannya.ORANG MUNAFIK – tidak beriman tetapi melaksanakan amalan yang terkandung dalam RUKUN ISLAM dalam kehidupan sehariannya.ORANG MUSYRIK – mengakui keEsaan Allah tetapi dalam waktu yang sama, dia juga mempercayai dan menyembah unsur-unsur lain seperti berhala, kayu, batu dan sebagainya.
Rasulullah saw bersabda: “ Mahukah kamu tahu siapa ORANG MUKMIN? Dia adalah ORANG YANG DIPERCAYAI OLEH ORANG LAIN DENGAN DARAH DAN HARTA MEREKA -----ORANG MUSLIM pula adalah ORANG YANG SELAMAT DARIPADA LIDAH DAN TANGANNYA-----MUJAHID adalah ORANG YANG MEMERANGI HAWA NAFSUNYA KERANA TAAT KEPADA ALLAH ---ORANG MUJAHIR adalah ORANG YANG MENINGGAKAN KESALAHAN DAN DOSA.” (HR Ahmad) -----Antara kesemua orang itu, ORANG MUKMIN lebih bersifat proaktif kerana membuat orang lain percaya dan memberikan amanah kepadanya. Dia menjalani kehidupan dengan tujuan mencari kebenaran secara sedar dan menggunakan akalnya untuk meninggikan ilmu dan sekali gus meninggikan iman.ORANG ISLAM (MUSLIM) sama dengan orang yang menyerah diri yang hanya mengikut orang lain dan kurang menggunakan akal (TAKLID). Ini kurang baik menurut Firman Allah dalam Surah Az Zumar ayat 9: “Katakan, ‘Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Orang yang BERAKAL DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN.”
Umumnya, manusia perlu melakukan ibadah yang terkandung dalam RUKUN ISLAM SEBELUM DIA MEMAHAMI ERTI IMAN. Ibadah yang dilakukan secara istiqamah akan MENINGKATKAN AKAL, MENINGKATKAN PENCARIAN ILMU YANG DIREDHAI ALLAH dan seterusnya MENINGKATKAN IMAN. Apabila dikaji proses turunnya ayat-ayat Al Quran, kita dapat melihat ayat-ayat yang turun di Makkah adalah yang berkaitan KEIMANAN dan AKHLAK, sementara ayat-ayat yang turun di Madinah mengandungi HUKUM-HAKAM, MUAMALAH, KEMASYARAKATAN dan sebagainya. Begitulah Allah mendidik manusia. Kita memulakan amalan solat sejak kecil meskipun keimanan belum masuk ke dalam hati.
ISLAM berhubungan erat dengan LAPISAN HATI PALING LUAR iaitu QALB.IMAN berhubungan erat dengan LAPISAN HATI KEDUA iaitu LUBB. IHSAN berhubungan erat dengan LAPISAN HATI PALING DALAM iaitu FUAD.Dalam 3 lapisan hati itu terdapat PUSAT HATI iaitu SIRR (atau SIRULLAH) bermaksud RAHSIA ALLAH. Di pusat hati inilah Allah mengurniakan ilham-Nya kepada manusia -----RUKUN ISLAM (5 tiang agama) adalah mengucap dua kalimah SYAHADAH, mendirikan SOLAT FARDU, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan ZAKAT, menunaikan HAJI sekiranya mampu -----RUKUN IMAN yang mengandungi prinsip TAUHID (mendahulukan Allah atas segala-galanya) ialah percaya kepada ALLAH, percaya kepada para MALAIKAT, percaya kepada KITAB-KITAB ALLAH, percaya kepada para RASUL, percaya kepada HARI KIAMAT, percaya kepada takdir QADA’ DAN QADAR. 11 perkara ini sangat dipentingkan oleh Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ).
Syeikh Ibnu Atha’illah asy-Syakandari mengungkapkan tahap keimanan dalam hati para pendengar dengan memberikan metafora ini -----TAUHID digambarkan sebagai MATAHARI TAUHID. KETINGGIAN ILMU agama dipanggil sebagai BINTANG ILMU. KEMAKRIFATAN (mengenal Allah) dinamakan sebagai BULAN MAKRIFAT.Pakar motivasi Indonesia, Ary Ginanjar meletakkan hubungan antara ISLAM, IMAN, dan IHSAN sebagai sama dengan DIMENSI MANUSIA iaitu DIMENSI FIZIKAL (tubuh badan) DIMENSI EMOSIONAL (minda) dan DIMENSI SPIRITUAL (jiwa). Tiga dimensi manusia ini berkaitan dengan kecerdasan ESQ iaitu IQ (Intelligence Quotient) sama dengan DIMENSI FIZIKAL iaitu RUKUN ISLAM, EQ (Emotional Quotient) sama dengan DIMENSI EMOSIONAL iaitu RUKUN IMAN, SQ (Spiritual Quotient) sama dengan DIMENSI SPIRITUAL iaitu IHSAN. Dalam hadisnya Nabi s.a.w.bersabda, “IHSAN adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya (mengenang atau memandang Allah dengan MATA HATI. Ini disebut MUSYAHADAH). Walaupun kamu tidak dapat melihat-Nya, yakinlah Allah sentiasa mengawasimu (merasakan Allah dekat dan mengawasi. Ini disebut MURAQABAH).” (HR Bukhari dan Muslim).
Suatu metafora -----Mentol (IHSAN) tidak akan menyala tanpa Kabel (ISLAM) dan Sumber Tenaga (IMAN). Begitulah juga, IHSAN yang merupakan kemuncak ketaqwaan tidak akan dicapai tanpa memiliki ISLAM dan IMAN.Oleh kerana itulah para ulama menasihatkan kaum Muslimin mendahulukan amalan MURAQABAH (sentiasa diawasi) dan meningkatkannya secara beransur-ansur ke tahap MUSYAHADAH. Pengamalan MURAQABAH menyebabkan orang Mukmin tidak mahu melakukan maksiat seperti rasuah, ponteng kerja, pecah amanah, atau apa-apa sahaja perbuatan buruk waima sekecil biji sawi pun, sedangkan dia sedang bersendirian.
Orang Islam yang belum muraqabah tetapi mempunyai keinginan untuk MENYUCIKAN JIWA atas kesedaran iman, in sya Allah akan berjaya mencapai tahap ini. “Beruntung bagi orang yang menyucikan jiwa.” (As Syams, ayat 9).
Orang yang menyucikan jiwa mengawasi nafsunya, menjaga hatinya, baik pada masa lampau, masa kini mahupun masa hadapannya, meniti jalan yang benar sambil berhubung langsung dengan Allah secara istiqamah. Dia dapat merasakan kedekatan Allah, mengawasi, melihat keadaan diri dan semua perbuatan serta perkataannya.

Alhamdulillah Untuk Hudud

ANNABA' - HARI INI DALAM SEJARAH
Bismillahirrohmanirrohiim... Selawat dan Salam ke atas Baginda Junjungan Rasulullah SAW.. para ahli keluarga dan sahabat baginda... juga para tabi'it tabi'in sekaliannya.Baru sahaja selesai 'Penggulungan' Sidang DUN Kelantan oleh YB Dato' Hj Ustaz Nassuruddin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan.Alhamdulillah.. Sidang DUN Kelantan hari ini SEBULAT SUARA MELULUSKAN TANPA SEBARANG PINDAAN Pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang menyentuh tentang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta'zir yang terpakai kepada orang Islam yang mukalaf bagi Jajahan Kelantan.In sya Allah ia akan berkuatkuasa apabila diumumkan setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Kelantan secara rasmi. Mari kita sama-sama ucapkan Kalimah Agung sebanyak mungkin demi menyatakan kesyukuran kita ke hadrat Allah Azawajalla atas kejayaan yang amat bermakna ini. Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahuakbar..!!! ALLAHUAKBAR...!ALLAHUAKBAR...!ALLAHUAKBAR...! Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada YAB MB, seluruh ADUN dan rakyat Kelantan khasnya, juga buat seluruh umat Islam yang mengimpikan HUDUDULLAH amnya. [WARGA PRIHATIN]

Khasiat Daun Tenggek Burung

Daun ini amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan. Pokok ini digunakan untuk membantu mengecutkan rahim wanita yang baru lepas bersalin. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan, melancarkan pengaliran darah, menyegarkan badan dan menjadikannya terasa ringan. Ia juga boleh melewatkan keluar mani lelaki, lebih menegangkan zakar dan menjadikan zakar lebih sensitif.

Monday, March 16, 2015

Hidup Sulit Dibaca

Seorang guru menyampaikan sebuah cerita kepada para pelajarnya. “Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut . Di dalamnya ada satu pasangan yang sedang berusaha mencari bot penyelamat. Mereka menyedari bahawa cuma ada tempat untuk seorang sahaja. Lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian. Wanita itu berdiri di atas kapal yang sedang tenggelam dan melaungkan sesuatu kepada suaminya. Agaknya apa yang dia jeritkan?"
Hampir semua pelajar menjawab, "Aku bencikan kau! Tak berhati perut!" Guru terperasan seorang pelajarnya diam sahaja lalu bertanya kepadanya. Jawapannya agak mengejutkan, "Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!" Guru bertanya lagi, "Awak pernah dengar cerita ini?" Budak itu menggelengkan kepala, "Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit." Guru kemudian menyambung,"Betul jawapan tu. Kapal itu tenggelam. Lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.
Beberapa tahun kemudian, lelaki itu meninggal dunia. Ketika mengemas barang-barang milik si ayah, anak-anak menjumpai diari ayah mereka. Rupa-rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang meragut nyawa. Ayah mereka menulis,"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersama denganmu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut sendirian."
Guru sudah berhenti bercerita, namun keadaan kelas masih senyap. Mereka mula faham pengajaran cerita tersebut - walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah di sebaliknya yang sukar untuk dimengerti. Kerana itu kita jangan sesekali melihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami situasi mereka dahulu. Mereka yang suka belanja makan bukan kerana mereka berharta, tetapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.Mereka yang rajin bekerja bukan kerana mereka tunjuk pandai, tetapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.Mereka yang memohon maaf dahulu selepas pergaduhan bukan kerana mereka salah, tetapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka. Mereka yang sukarela membantu kita bukan kerana mereka berhutang apa-apa, tetapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat. Mereka yang selalu menghantar mesej kepada kita bukan kerana mereka tidak ada kerja lain yang hendak dibuat, tetapi sebab mereka mengingati kita.
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, sehingga hubungan menjadi asing.Suatu hari nanti anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua tu?" Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati sedang terusik, lalu berkata, "DENGAN MEREKALAH AYAH/IBU ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP INI." [Denaihati Netrwork]

Sunday, March 15, 2015

Hubungan Manusia Derhaka Dan Syaitan

Hubungan antara manusia derhaka dengan syaitan berbentuk 2 hala. Masing-masing mendapat "manafaat negatif" yang membawa kepada kedukaan pada kemudian hari. Firman Allah ----- وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُمْ مِنَ الْإِنْسِ ۖ وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُمْ مِنَ الْإِنْسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا ۚ قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۗ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ -----Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "WAHAI TUHAN KAMI, SEBAHAGIAN KAMI (MANUSIA) TELAH BERSENANG-SENANG (MENDAPAT KEMUDAHAN) DENGAN SEBAHAGIAN YANG LAIN (SYAITAN-SYAITAN), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui (al-An'am [6:128]).
Syaitan yang berada dalam minda manusia selalu menghasut manusia agar derhaka kepada Allah. Derhaka mereka pula menjadi sedap berselera kerana "perisa" yang direncahkan syaitan. Pegang isteri sudah hilang sedapnya berbanding memegang wanita yang haram. Kenapa? Kerana syaitan sudah memainkan saraf di otak agar RASA SEDAP melampau naik pada yang haram. Akibat kesedapan itu, manusia derhaka sukar meninggalkan larangan Allah. Inilah "manafaat negatif" yang dimaksudkan ayat di atas.
Walau bagaimanapun, kelak di akhirat manusia derhaka akan menyumpah seranah syaitan kerana telah memberikan mereka manafaat negatif itu. Ia dijelaskan Allah ----- وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ ۖ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ ۖ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ ۗ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ -----Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu (hisab makhluk dan penderhaka sudah dihumban ke neraka): "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya (Ibrahim [14:22]).
Manfaat negatif bagi syaitan pula mereka dapat memenuhi janji "Tuhan mereka iaitu Iblis"agar menyesatkan seramai mungkin anak Adam. Itu sumpah keramat Iblis selepas diwartakan sesat oleh Allah ----- قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَٰذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا -----Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)" (al-Isra'[17:62]). Setakat yang disebut al-Quran, memang sudah sangat ramai anak Adam terjerumus dalam perangkap mereka ----- وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ -----"DAN SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU TELAH MENYESATKAN GOLONGAN YANG RAMAI DI ANTARA KAMU; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (Yasin [36:62]).
Jom kita bersiap siaga sepanjang masa menghadapi syaitan kerana mereka tidak kenal henti atau bersara. Persaraan mereka hanya berlaku setelah anak Adam "didaftarkan" sebagai ahli neraka. Sungguh malang manusia yang masih terjerumus ke neraka bersama mereka walaupun sudah dijelaskan Allah segala macam jerat mereka dalam al-Quran. "Ya Allah, kami mohon perlindungan dari menjadi sebab kepada syaitan untuk mendapat manfaat KPI mereka."

Kaum-Kaum Yang Engkar

NABI NUH berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok dia, lalu, Allah menimpakan banjir besar yang menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14). NABI HUD diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin dahsyat disertai bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13). NABI SALEH diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, kaumnya membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12). Umat NABI LUTH menyukai perbuatan homoseksual dan lesbian, hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendatipun sudah diberi peringatan, mereka enggan bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu. Kaum Nabi Luth ini tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
NABI SYUAIB diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walau berlindung di tempat teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44). Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus NABI MUSA dan HARUN untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku dirinya tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92). Ashab Al-Sabt adalah golongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah supaya beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163). Ashab al-Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama HANDZALAH BIN SHINWAN (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan ialah kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
Ashab al-Ukhdudd adalah suautu kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9). Ashab al-Qaryah, menurut sebagian ahli tafsir, adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan suatu suara yang sangat kuat (Yasin: 13). Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
Kaum Saba diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).