Wednesday, May 28, 2014

Yang Tersirat Di Sebalik Galakan Lawatan Ke al-Aqsa

serenemaklong.blogspot.com
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu. Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)? Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967? Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini. Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak: "Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....ISRAEL!!!" Tidakkah anda merasa curiga? Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong! Tahukah bahawa jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah bahawa Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila erkunjung ke Masjid Al-Aqsa,secara tidak langsung kita mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya! Tahukah bahawa industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel! Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'. Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana. Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.
Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang. Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, kita sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi. Namun begitu,jika ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (iaitu berjihad) atau ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Sedarlah bahawa kunjungan itu mahal harganya (material dan moral). Jika tidak, salurkan wang itu kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin. Berfikir selangkah kehadapan, agar tidak terus ditipu amal peribadi, sedang umat menderita, musuh tertawa, dan kemenangan terpaksa ditunda, untuk kesekian kalinya. ARTIKEL 1 - Passport Malaysia VS Diplomasi Jordan-Israel. [ http://goo.gl/ox1uYl] ARTIKEL 2 - kami juga mahu, apabila Palestin dibebaskan. [ http://goo.gl/LtxhRF]

Largest Dinosaur Ever Discovered

serenemaklong.blogspot.com
A team of scientists in Argentina have unearthed the remains of the largest species of dinosaur discovered to date, paleontologists announced Saturday. Seven "huge" herbivorous dinosaurs were discovered at one site in the province of Chubut, Argentina, according to the Paleontological Museum Egidio Feruglio, which led the dig. The new species are estimated to have been 40 meters in length and 80 tons in weight, surpassing the previous record-holder for the world's largest dinosaur — the Argentinosaurus. "The remains are quite complete, so the size and weight estimates have good precision," José Luis Carballido, a dinosaur specialist at the museum, told NBC News. "If there ever was a larger one, it remains to be seen." The length of just one of the colossal creatures is the equivalent of two semi trucks, one after another, and the weight of more than 14 African elephants, said Carballido, who is in charge of the study of the specimens. The dinosaur species, which has yet to be named, lived during the late Mesozoic era and died in the same spot where they were discovered, the museum reported. Fossils from the seven dinosaurs were all found together. Researchers said they found a number of different bones, from the neck and much of the back, the tail, and fore and hind legs. The first discovery at the site was made by a rural worker in 2011, Carballido said, and excavation began in 2013. Carballido said that only one-fifth of the site has been explored so far, "so there is still much work to do and probably much to discover." — [ Elisha Fieldstadt ]
The site where a giant dinosaur was discovered by a team from the Museum of Palaeontology Egidio Feruglio in Argentina. [NBC NEWS]

Mesej Tersirat Di Sebalik Seruan Azan

serenemaklong.blogspot.com
Azan bermaksud pemberitahuan. Ia juga diberi nama "nida' al-Haq", iaitu "Panggilan Ilahi", atau seruan Allah Yang Maha Benar. Abdullah bin Abbas (sepupu dan sahabat Rasulullah) pernah menangis sewaktu azan berkumandang. Malah airmata beliau membasahi serbannya. Urat-urat leher beliau kelihatan membengkak. Matanya kemerah-merahan. Beliau menjelaskan bahawa seandainya si Muslim menyedari tujuan mesej yang terkandung dalam seruan (kata-kata) azan, ia tidak akan merasa selesa dan tidak akan tertidur sewaktu azan. Malah mereka akan bersegera memenuhi panggilan azan tersebut. Kata-kata azan mengandungi makna tersirat. Renungkanlah wahai orang yang punya kepekaan tinggi pada seruan azan. Allah memberi darjat yang tinggi di sana nanti. Pada setiap kali azan berkumandang amatilah makna yang tersurat dan tersirat. Wallahua'lam.

Khasiat Jintan Hitam

serenemaklong.blogspot.com
Antara khasiat jintan hitam: • Menguatkan tenaga, mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan tujuh biji jintan sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur setiap hari. • Bagi penyakit kencing tidak lawas, haid tidak lancar goreng jintan hitam tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu. • Bagi menguatkan tenaga batin ialah dengan memasak susu segar dan dicampurkan dengan jintan hitam dan madu dan diminum sebelum tidur. • Bagi ibu yang menyusukan anak, jintan hitam boleh membanyakkan air susu dengan memakan tujuh biji sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur. • Bagi menghilangkan demam selsema dan sakit tekak campurkan serbuk jintan hitam dengan perahan limau nipis dan satu sudu besar madu. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

Haram DNA Babi vs Duit Haram

serenemaklong.blogspot.com
1. Cadbury yang ada logo halal rupanya ada DNA babi. Hukum: DIMAAFKAN bagi yang termakan, tidak perlu cuci darah dan sertu. 2. Rasuah diambil untuk beri projek. Hukum : Duit HARAM & tiada yang ter'rasuah' 3. Duit kopi diambil dek kerana jawatan untuk memudahkan kelulusan Hukum: Duit HARAM. 4. Menipu quotation untuk memenangkan yang kurang layak. Hukum: Duit Haram 5. Menaikkan Harga - Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya. Hukum: Ia adalah haram sepakat ulama. 6. Tuntutan Palsu: Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas. Hukum: Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu. 7. Duit riba yang diambil untuk pinjaman perumahan, kereta, kad kredit, peinjaman peribadi dll. Hukum: HARAM malah lebih besar dosanya berbanding sengaja makan daging babi, bukan hanya DNA babi. [BACA LANJUT DENGAN DALIL DI: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/597-duit-free-a-untung-atas-angin-yang-.html DAN: http://zaharuddin.net/kewangan/702-cukup-dahsyat-tapi-sudah-sedarkah.html]

Tuesday, May 27, 2014

Manusia Bertanya Al-Quran Menjawab

serenemaklong.blogspot.com
1. MANUSIA BERTANYA: MENGAPA AKU DIUJI? QUR'AN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Surah Al-Ankabut ayat 2-3].
2. MANUSIA BERTANYA: MENGAPA UJIAN SEBERAT INI? QUR'AN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," [Surah Al-Baqarah ayat 286]. ................................................................................................................... 3. MANUSIA BERTANYA: MENGAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? QUR'AN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah ayat 216]. .................................................................................................................... 4. MANUSIA BERTANYA: MENGAPA AKU MERASA KECEWA? QUR'AN MENJAWAB: "Janganlah kamu bersikap lemah. dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Surah Al-Imran ayat 139].
5. MANUSIA BERTANYA: BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA? QUR'AN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan s0alat; dan sesungguhnya soalat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu" [Surah Al-Baqarah ayat 45].
6. KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? QUR'AN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." [Surah At-Taubat ayat 111].
7. MANUSIA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QUR'AN MENJAWAB: 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." [Surah At-Taubat ayat 129].
8.MANUSIA BERKATA: AKU TAK TAHAN!!!!!! QUR'AN MENJAWAB: "......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [Surah Yusuf ayat 12]. .................................................................................................................... 9. MANUSIA BERTANYA: MENGAPA HATI INI TIDAK TENANG ? QUR'AN MENJAWAB: (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [QS. Ar Ra'd ayat 28]. Maha Benar Allah dengan Segala Firman-Nya.
Si mukmin yg tekun membaca Kitabullah, akan menerima anugerah Allah berupa KEKUATAN. Dengan KEKUATAN ini hatinya siap menerima cabaran masyarakat. Maka dilihatnya tindakan manusia yg menyakiti perkara yang lumrah berlaku. Si mukmin juga melihat sebarang kecuaian aggota masyarakat adalah suatu perkara biasa. Malah ia bukan hanya memandang karenah masyarakat, justeru yg terlihat olehnya adalah ketentuan Allah S.W.T.(Kata hikmah Sheikh Shinqiti)

Istiqamah Bersedekah Al-Fatihah

serenemaklong.blogspot.com
Setiap kali usai solat, sedekahkan al-fatihah kepada Baginda Rasulullah S.A.W., ibu bapa, suami isteri dan juga anak-anak. In sya Allah dengan amalan mudah itu, kita dapat hidup tenang dan berjaya. Hal ini hanya memerlukan beberapa minit. Kata ustaz, adalah terlebih baik disebutkan satu persatu nama penerima yang bakal menerima sedekah fatihah itu supaya kita yakin ia sampai kepada pihak berkenaan. Secara automatik, kita dapat pahala membacanya, di samping pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan mereka. Setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali kepada kita.Niatkannya kerana Allah S.W.T. Wallahualam.............................................................. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil 'aliyil 'azhim. Allahumma sholli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad. Astaghfirullahal 'azhim wa atubu ilaih.

Kitab Injil Barnabas

serenemaklong.blogspot.com
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam. Injil bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa a.s., bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun. Injil berkenaan telah dijumpai pada 2000 di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad s.a.w). Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan. Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox. Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus. Ramai cendekiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini. Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta). ................................................................................................................. Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.” (Surah al Baqarah ayat 146). Wallahu’alam…. [http://zainurrashid.com/?p=1663]

Camelopardalid Meteors

serenemaklong.blogspot.com
Any skywatchers whose hearts were set on a Camelopardalid meteor storm had their hopes dashed on Saturday morning: Most observers saw only a smattering of shooting stars when Earth passed through the trails left behind by Comet 209P/LINEAR. But Peter Jenniskens, the meteor astronomer at the SETI Institute who predicted the meteor shower years ago, is looking at the bright side. "I'm so excited that this shower actually happened," he told reporters. "It is one thing to predict there ought to be some dust there, but we had no information about this comet in the past." Jenniskens said he and his colleagues saw about 12 of the meteors overnight during a two-hour aerial observation campaign in the skies over California. The meteors are dubbed Camelopardalids because they appear to emanate from a little-known northern constellation called Camelopardalis (the Giraffe). The reports posted to the International Meteor Organization's website ranged from less than five meteor sightings per hour to more than 20. (My own tally worked out to five Camelopardalids and two other meteors in the course of an hour and a half, as seen from a spot between Cle Elum and Ellensburg in Washington state.)
No one saw anything close to the hoped-for hundreds of meteors per hour. One of the sharpest critiques came from RoseMarie Behr in a posting to the MeteorObs discussion forum: "This sleep-depriving, bone-chilling, stiff neck inducing event of major disappointment brought to you by the same sadistic fiends who promised me that Comet Eyesore would be the comet of the century. Pfft! Phooey! Rats!" Some of the radar readings suggested that there were more faint meteors, too dim to be seen with the naked eye. And even if the display was disappointing, the most persistent observers were rewarded with striking photographs, as evidenced by SpaceWeather.com's meteor gallery. One of the best pictures came from Malcolm Park, who set up a battery of cameras on the north shore of Lake Erie at Ontario's Rondeau Provincial Park. His composite image shows several Camelopardalids, plus a long-exposure view of the International Space Station passing through the scene at 3:30 a.m. "While the pace was slow, this shower still produced the occasional bright meteor," Park reported on SpaceWeather.com. "Meteors were visible from sunset until just before dawn when the moon rose." For more about Park and his pictures, check out his website, his Facebook page and the home page for Starfest 2014, the star party he and the North York Astronomical Association are planning in Ontario this August.
A Camelopardalid meteor flashes north of Castaic Lake in California on Friday night. Cars lined up to catch sight of what some hoped might be a meteor storm, but the show didn't live up to expectations. Even though there was no meteor storm, Jenniskens said it was wonderful to see the Camelopardalids from the air. One meteor in particular made for a "slow-moving, beautiful sight," he said. And the fact that the meteor shower was on the quiet side gave him some new scientific data to ponder. "It’s a little early to make conclusions," he said, "but it does look like this comet was a weakly active comet, much like we see it today, further back in time." Comet 209P/LINEAR is closing in on its own close approach to Earth on May 29, and if you've got a good telescope, you can see it for yourself. But if it's meteors you're looking for, the next best chance comes in August, when the annual (and reliable) Perseids hit their peak. [By Alan Boyle / NBC NEWS]

Sabar - Bagai Air Mengalir

serenemaklong.blogspot.com
Air tidak pernah menentang sesiapa..........Sentiasa mengalir........... Tangan yang direndam dalam air terasa bagai dibelai........... Air bukan dinding padu lagi kukuh yang boleh menghalang sesiapa. Namun ia mengalir ke mana sahaja yang dikehendakinya, tiada yang dapat menghalang alirannya. Air, makhluk Allah yang sabar, perlahan-lahan menitis di atas batu keras ...........tik..tik...tik...Beberapa waktu kemudian batu melekuk dan pecah....................... Allah menghadirkan air di dalam tubuh makhluk ciptaan-Nya bernama manusia. Seharusnya manusia sabar menempuh dugaan hidup, bagaikan air................... "IF YOU CAN'T GO THROUGH AN OBSTACLE, GO AROUND IT. WATER DOES." (Margaret Atwood).

Khasiat Bunga Tanjung

Untuk merawat ruam bernanah, ambil beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. Air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan mandikan pesakit dengan air tersebut.Baik untuk merawat sakit gigi dan menghilangkan nafas berbau. Caranya, kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari.Untuk merawat luka, air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.• Mewangikan rambut – Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut. • Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

Monday, May 26, 2014

Hinanya Air Tangan Orang Tidak Solat

serenemaklong.blogspot.com
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Dengan kuasa Allah,isterinya pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dapat anak, lelaki itu runsing. Dia sudah nazar hendak minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tidak payah buat tetapi kena denda (dam) atau sedekah. Pada zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu lelaki itu pergi bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (tanpa uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan hendak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang idtak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab itu liat hendak buat kerja-kerja yang baik. Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s. Ketika saat Rasulullah s.a.w. nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.." p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.

Sunday, May 25, 2014

Dialog Rasulullah s.a.w. Dan Iblis

serenemaklong.blogspot.com
Suatu ketika Allah S.W.T memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disuka mahupun yang dibencinya. Tujuannya untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia. Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah s.a.w. Bukalah semua rahsiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta diseksa dengan azab yang amat pedih”. Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah s.a.w dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis memberi salam sampai tiga) kali, Rasulullah s.a.w tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau cuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub a.s dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud a.s dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”. Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku kerana engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam a.s hingga akhir zaman nanti. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, aku tidak berani menyembunyikannya”. Kemudian Iblispun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata : “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”. Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabipun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku.
PERTANYAAN NABI S.A.W YANG PERTAMA: “Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?” JAWAB IBLIS: “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”. Kemudian Nabipun memandang muka Iblis dan Iblis gementar kerana ketakutan. Sambung Iblis : “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeza, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru kerana ditegah oleh Allah. Andaikan aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KEDUA: “Hai Iblis! Apa yang kau buat terhadap makhluk Allah?” JAWAB IBLIS: “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat derhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram.
Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka sadar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah, akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku, datanglah rasa riak, takbur, iri hati, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda, maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KETIGA: “Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan kerja yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan seksa yang besar di neraka paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu? JAWAB IBLIS:“Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takbur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu, hanya aku saja yang ingkar. Oleh kerana itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.
Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak.
Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tenteraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran. Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diizinkan Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahsia kerana banyak Malaikat yang menjaga setiap lapisan pintu langit. Jika aku memaksa untuk naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu, maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tenteraku untuk menghasut manusia”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KEEMPAT: Rasullullah bertanya “Hai Iblis! Pada kali pertama, apakah yang kau tipu manusia?” Jawab Iblis : “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemahuanku”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KELIMA: “Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, apa yang terjadi padamu?” Jawab Iblis : “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemnetarlah badanku dan lemah tulang sendiku, maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya. Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, hilang khusyuknya, matanya senantiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya senantiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain. Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai solatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KEENAM: “Jika umatku membaca Al-Qur’an kerana Allah, apa yang terjadi padamu?” Jawab Iblis : “Jika mereka membaca Al-Qur’an kerana Allah, maka terbakarlah tubuhku, putuslah seluruh uratku lalu aku lari dan menjauh darinya”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KETUJUH: “Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?” Jawab Iblis : “Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”. ..................................................................................................................... PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KELAPAN: “Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?” Jawab Iblis : “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan sukacita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa.
Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, iaitu Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tenteraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya”. ................................................................................................................... PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KESEMBILAN: “Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?” Jawab Iblis : “Seluruh sahabatmu termasuk musuh besarku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satupun tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Engkau sendiri telah berkata : “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk”. Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Lagipula dia telah menjadi mertuamu setelah engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadits-haditsmu. Adapun Sayyidina Umar bin Khatab, aku tidak berani memandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah seluruh tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan : “Jikalau ada Nabi sesudah aku, maka Umar boleh menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak bisa bertemu karena lidahnya senantiasa membaca Al-Qur’an. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak 2 (dua) kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang menghampiri dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan : “Barangsiapa menulis Bismillaahirrahmaanirrahiim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”. Sayyidina Ali bin Abi Thalibpun aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadah dan beliau adalah golongan orang pertama yang memeluk agama Islam serta tidak pernak menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu” dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata : “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Lagipula dia menjadi menantumu, aku semakin ngeri kepadanya”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KESEPULUH: “Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?” Jawab Iblis : “Umatmu itu ada 3 (tiga) macam. Yang pertama, seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril as : “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”. Yang kedua, umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga, umatmu seperti Fir’aun, terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat, maka akupun masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan derhaka dan aku ajak k mana saja mengikuti kemahuanku. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak mau menuntut ilmu, tidak pernah beramal soleh, tidak mhau mengeluarkan zakat dan malas beribadah. Lalu aku goda agar manusia minta kekayaan lebih dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka aku rayu supaya lupa beramal, tidak membayar zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia selalu bimbang akan hartanya dan berangan-angan hendak merebut kemewahan dunia, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk kemaksiatan”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KESEBELAS: “Siapa yang serupa denganmu?” Jawab Iblis : “Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang yang belajar agama Islam”. PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KEDUA BELAS: “Siapa yang membuat mukamu bercahaya?” Jawab Iblis : “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu dan suka ingkar janji”. PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KETIGA BELAS: “Apa yang kau rahasiakan dari umatku?” Jawab Iblis : “Jika seorang Muslim buang air besar dan tidak membaca do’a terlebih dahulu, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari”. PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KEEMPAT BELAS: “Jika umatku bersatu dengan isterinya, apa yang kau lakukan?” Jawab Iblis : “Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya dan membaca doa pelindung syaitan, maka aku lari dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar berbuat maksiat, malas pada kebaikan, derhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku santap makanannya lebih dulu daripadanya. Walaupun mereka makan, tidaklah mereka merasa kenyang”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KELIMA BELAS: “Apa yang dapat menolak tipu dayamu?” Jawab Iblis : “Jika berbuat dosa, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah, segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya”. ................................................................................................................... PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KEENAM BELAS: “Siapakah orang yang paling engkau sukai?” Jawab Iblis : “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”. ................................................................................................................. PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KETUJUH BELAS: “Hai Iblis! Siapakah saudaramu?” Jawab Iblis : “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Dzuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk solat”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KELAPAN BELAS: “Apa yang dapat membinasakan dirimu?” Jawab Iblis : “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Qur’an dan sholat tengah malam”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KESEMBILAN BELAS: “Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?” Jawab Iblis : “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”.
PERTANYAAN NABI S.A.W. YANG KEDUA PULUH: “Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?” Jawab Iblis : “Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka hidup, kerana engkau telah bersabda : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”. [Dikutip dari : KH. Abdullah Gymnastiar, Muhasabah Kiat Sukses Introspeksi Diri, Penerbit Difa Press, September 2006]

Perjalanan Dari Bumi Ke Langit - Pulang Dengan Perintah

serenemaklong.blogspot.com

Khasiat Buah Avocado

serenemaklong.blogspot.com
Antara khasiat buah avakado: • merupakan sumber besar kalium yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah. • sumber lutein karotenoid yang melindungi mata daripada daripada katarak. • menghalang pertumbuhan kanser prostat dan kanser payudara. • Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau. • kaya dengan antioksida yang membantu meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat. • Avokado juga mengandungi vitamin E, vitamin B6, asid folik dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

Tanda-tanda Amaran Stres

GEJALA FIZIKAL: • Degupan jantung yang cepat • Banyak berpeluh • Terasa loya • Bernafas kencang • Cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil • Selera makan berubah • Gangguan seksual • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya • Penyakit lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit. GEJALA MENTAL: • Merasa hilang kawalan atau dihantui peristiwa lalu • Risau dan bimbang • Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan • Berasa tidak sihat • Sukar untuk tidur • Keinginan seks menurun • Terasa amat letih PERUBAHAN PERASAAN ATAU FIKIRAN SEPERTI KEMURUNGAN, KEKECEWAAN, SIKAP BERMUSUHAN, RASA TIDAK BERDAYA HARUS DIKAWAL DENGAN MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH DAN JUGA BANTUAN PERUBATAN.

Khasiat Susu

Kalsium dalam susu membantu pembentukan tulang yang kuat serta gigi yang sihat dan mengelakkan osteoporosis, hipertensi dan kanser kolon.Protein merupakan sumber bekalan asid amino yang seimbang dan menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot. Vitamin A untuk penglihatan, pertumbuhan badan, mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik. • Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh. Thiamin (Vitamin B1) yang boleh larut dalam air, membantu tubuh menukar karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproses untuk menghasilkan tenaga. Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D dalam susu yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang. Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia juga penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan. Zink diperlukan untuk aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan sistem imun kita. Riboflavin (Vitamin B2) merupakan vitamin larut dalam air dan ia membantu tubuh memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

Saturday, May 24, 2014

Khasiat Lalang

Lalang, atau nama saintifiknya Imperata Cylindrica adalah pokok yang kita benci tetapi ia mempunyai banyak khasiat herba. Sebelum diguna, pastikan dulu rupa lalang tersebut. Jika ia kelihatan gemuk, segar dengan daun berwarna hijau terang, maka boleh digunakan. Juga pastikan kawasan lalang tersebut bukan kawasan pertanian yang telah diracun. Cara memproses lalang untuk dijadikan ramuan ubat: MUNTAH DARAH ... 30-60 gram akar lalang segar, dicuci bersih dan dipotong-potong. Kemudian direbus bersama 3 gelas air hingga tersisa menjadi segelas. Apabila suam, minumlah. KENCING BERNANAH/BERDARAH...100 gram akar lalang segar dicuci bersih, rebus dengan 2,000cc air sehingga menjadi setengah, kemudian diminum.

Khasiat Bunga Kobis

serenemaklong.blogspot.com
Antara Khasiat kubis bunga • Kubis bunga tidak boleh dimakan mentah, sebaliknya ia boleh ditumis, direbus atau dibuat sup. Banyak enzim yang terdapat dalam bunga kobis membantu proses detoksifikasi. • Kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B Kompleks dan C yang dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati. • Juga sebagai ubat penenang,anti-kanser,untuk mengatasi sakit kepala dan stres. • Mengurangkan risiko kanser prostat. • Bagi pesakit diabetes, ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah. • Membantu mengurangkan kandungan lemak dan paras kolesterol. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]