Saturday, June 30, 2012

Kiambang


serenemaklong.blogspot.com




Kiambang adalah tumbuhan air terapung yang dikenali sebagai Pistia stratiotes.

Pokok kecil untuk tanaman air ini juga digelar ‘Floating lettuce’ iaitu salad terapung atau salad air. Tumbuhan air ini disukai peminat seni taman kerana keindahan bunga kecilnya, selain daunnya yang berbentuk kelopak bunga tersusun indah dan terapung di permukaan air.

Kiambang sebenarnya mudah dijaga dan sangat disukai oleh ikan untuk berteduh daripada panas sinaran matahari.

Biasanya pokok ini akan membesar antara 5.1 hingga 45.7 sentimeter diameter serta tergolong sebagai tumbuhan yang sangat mesra alam dan membiak dengan menghasilkan anak pokok.



Pokok ini memberi oksigen kepada air serta sangat sesuai sebagai kawalan biologi bagi mencegah pembiakan alga dalam kolam kerana ia menyerap lebihan organik yang dihasilkan lumut air.

Walaupun dikenali sebagai pokok tahan lasak, kiambang sebenarnya sukakan teduhan, jika tidak daunnya akan terbakar dan menjadi kekuningan.

Bagi mengelak permukaan kolam ditutup dengan kiambang, tumbuhan ini perlu selalu dibersih dan diasingkan supaya kolam tidak menjadi sesak. Seeloknya, letakkan kolam atau pun pancuran air jauh daripada tempat pengumpulan air hujan kerana kiambang boleh hanyut dibawa air yang mengalir.

Bagi mengelak kiambang hanyut letakkan bakul terapung dalam kolam atau pancuran air. Bakul berkenaan boleh dibeli di nurseri bunga dan kedai peralatan kebun.

Untuk mengawal pembiakan kiambang, letakkan ikan dalam kolam kerana ikan biasanya makan akar pokok kiambang. Atau, letakkan tumbuhan lain dalam kolam. Pemilik juga boleh meletakkan hiasan seperti itik tiruan, batu sungai atau model kincir angin.

Sentiasa selenggara kolam dan buang kiambang yang daunnya sudah kekuningan atau hampir layu. Tambah nutrien khas untuk pokok kiambang bagi memastikan ia subur. Nutrien tambahan boleh dibeli dari nurseri bunga atau kedai peralatan perkebunan.

Tip

Seluruh bahagian pokok kiambang dikatakan mengandungi banyak kalium dalam bentuk kalium klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air tempat ia tumbuh.

Kiambang juga dikatakan boleh menjadi tempat nyamuk membiak, jadi perlu dibersihkan pokok ini di bawah laluan air atau jirus pokok dengan air mengalir bagi membunuh telur nyamuk.

Bagi mengelak kiambang menjadi sarang nyamuk bertelur, letakkan ikan supaya ikan makan telur nyamuk.

(Sumber: Rohaniza Idris/Berita Minggu)   

Hiasan Air


serenemaklong.blogspot.com


KEHADIRAN air dalam sesebuah taman menandakan keseimbangan alam iaitu keharmonian suasana yang terhasil serta hubungan elemen semula jadi antara tanah dan air.

Elemen air dalam laman kediaman bukan hanya menambahkan keceriaan kepada ruang berkenaan, malah memberi unsur ketenangan melalui bunyi air.



Pancutan air membantu menambahkan rasa segar sekali gus mengubah mood individu yang berada di sekitarnya. Disebabkan itu, elemen air jarang ditinggalkan ketika pembinaan sesebuah taman.

Membina laman dengan unsur air di dalamnya memerlukan kepakaran. Namun, bagi memudahkan kerja dapatkan saja khidmat pereka dan kontraktor landskap untuk membina.
Bagi mereka yang tiada kemampuan kewangan, ditambah pula dengan ruang laman yang terhad, cara mudah lagi menjimatkan untuk mewujudkan unsur air dalam taman adalah dengan mewujudkan laman air mini menggunakan baling, mangkuk atau perkakasan dapur yang sesuai. Balang atau mangkuk ini kemudian diletakkan di atas meja atau sudut sempit di laman atau  balkoni kediaman. 





Selain itu, di pasaran ada kedai aksesori laman dan hiasan dalaman serta nurseri yang menjual pancuran air mini menggunakan kuasa bateri atau elektrik.

Pada harga yang mampu dibeli, pilih corak dan reka bentuk yang disukai. Disarankan, pilih pancuran dari jenis tidak bertakung kerana dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Satu cara menarik menghias ruang laman atau meja laman adalah dengan menghasilkan sendiri taman mini air menggunakan mangkuk atau balang air serta perkakasan dapur.

Pilih mana-mana balang atau akuarium terbuang yang masih boleh dipakai semula, mangkuk atau pun mana-mana perkakasan dapur yang cembung serta boleh diisi air.

Untuk refleksi yang cantik, gunakan mana-mana bekas lutsinar seperti balang kaca, akuarium, mangkuk kaca atau kristal.
Kemudian isi dengan pasir atau batu-batu kerikil atau batu sungai yang kecil.

Selepas itu hiaskan sama ada dengan karang, kayu atau apa-apa aksesori yang sesuai termasuk yang biasa digunakan bagi menghias akuarium.

Kemudian masukkan air dan diikuti pokok air yang sesuai seperti melati air, keladi bunting, kiambang, teratai atau orkid air.

Bagi menaikkan seri, gabungkan pokok yang pelbagai warna, saiz dan bentuk kerana ia akan memberikan karektor kepada taman air mini yang dihasilkan.

Mengelak daripada menjadi sarang nyamuk, dapatkan ubat penghapus jentik-jentik yang boleh dibeli di nurseri atau kedai ikan hiasan. Selain itu, kaedah semula jadi adalah dengan memasukkan ikan kecil seperti anak ikan gapi, puyu, ikan emas atau ikan Garra Rufa.

Jika air mengandungi banyak klorin, disarankan biarkan air terdedah lebih 24 hingga 48 jam sebelum masukkan tumbuhan dan ikan di dalamnya supaya tidak mati.

Bagi mencantikkan lagi taman air mini, letakkan hiasan seperti lumut teriuan, karang laut, kulit kerang atau siput, batu (pebbles) serta ranting kayu hanyut di luar sekeliling balang berkenaan.

INFO Pokok taman air
Keladi bunting
Teratai
Kiambang
Papyrus
Pokok Chemelon ‘Houttuynia 'Chameleon'
Orkid Air
Melati Air
Pokok Bulu Kaktua (Parrots Feather)
Pokok Frogbit


Tip

Pokok keladi bunting dan kiambang biasanya cepat membiak dan membesar mengikut saiz balang atau mangkuk, oleh itu kerap bersihkan supaya ia tidak menutup ruang bekas berkenaan.
Pastikan hanya 40 hingga 50 peratus saja pokok berada dalam bekas berkenaan bagi mengelakkan nampak berserabut dan mencacatkan pemandangan.

(Sumber: Rohaniza Idris/Berita Minggu)

Boria


serenemaklong.blogspot.com




BORIA is a traditional song and dance sketch or dance drama, found mainly in Penang and originating from India. It is described as a traditional quatrain song form or pantun which is performed in a western music style and with dance forms such as quick-step, rhumba or soul. Although it was probably brought in by Indian Muslim traders of long ago, it has today come to be identified mainly with the Penang Malay community. The violin, maracas and tabla are used to accompany the singing, although the western pop band may also be used.



http://sssz.tripod.com/BUDAYA1.htm


Friday, June 29, 2012

Rebana Ubi


serenemaklong.blogspot.com


 

Rebana Ubi are very large cone shaped drums, at least 1 meter high and 70 centimeters in diameter. Rebana Ubi ensembles compete with one another in post rice harvest festivals, playing interlocking rhythmic patterns.



Wednesday, June 27, 2012

100 Hari Sebelum Kematian


serenemaklong.blogspot.com



ALLAH SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan-Nya adalah bagi menyedarkan hamba-Nya supaya segera bertaubat dan bersedia untuk perjalanan menemui Dia.

Walau bagaimanapun, tanda-tanda ini hanya berlaku ke atas hamba-Nya yang Islam sahaja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini dicabut tanpa peringatan, sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Adakah mereka sedar atau tidak itu terpulang kepada kehendak-Nya. Lazimnya tanda ini berlaku setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. 

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih, di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah timbul kesedaran itu. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan  kehadirannya, ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tersisa bagi mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita - antaranya dia mula mengikuti kita sepanjang waktu.

Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas, dan jika ini berlaku, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Tanda ini diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak berselera makan itu secara tiba- tiba berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami, eloklah kita berpuasa supaya perut tidak mengandungi banyak najis yang mana memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan turun. Ini dapat diketahui jika kita melihatnya daripada bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang terpilih oleh Allah yang akan diberi kepekaan terhadap tanda- tanda kematian ini. Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. 

Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Marilah kita bersama-sama berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesihatan tubuh juga fikiran dalam usaha kita mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahualam…

(Sumber: blogmisteri.blogspot.com)

Sunday, June 24, 2012

Bumi Tidak Terima Mayat Atarturk


serenemaklong.blogspot.com



 
KAMAL ATARTURK diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Atarturk bermakna bapa orang Turki. Atarturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada  1343H (1924M).

Dilahirkan pada 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya, Ali Reda Afandi bekerja sebagai pengawal di Jabatan Kastam. Ada yang mengatakan Afandi ialah bapa tiri Atarturk dan bukan bapa kandung.

Guru matematiknya bernama Mustafa bertugas di sebuah sekolah menengah tentera. Dia tertarik dengan kebolehan Atarturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika berusia 12 tahun, dia memasuki Sekolah Tentera Salonika,kemudian menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada 1302H (1885M). Pada 1322H (1905M), dia ke kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada  1325H.
(1907M), serta ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Atarturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Atarturk. Kediamannya penuh dengan segala macam kemungkaran, daripada arak hinggalah wanita.

Kemungkaran Mustafa Kamal Atarturk 

Ketika menjadi Perdana Menteri Turki, dia  membuat undang-undang yang bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1.
Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Dia sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Dia pernah menegaskan "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung dan tugu di seluruh bandar Turki.
9. Dalam satu ucapannya di Belikesir, dia mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium. Sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang solat berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan."  Dia tersenyum bangga dengan jawapan itu.

Penderitaan di saat kematian

Di saat kematian, Atarturk menderita berbagai jenis penyakit seperti:

1. Menderita sakit gatal kulit seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga bomba dikerah menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya juga diarah meletak ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan badannya.

Bagaimanapun rasa panas itu tidak hilang. Oleh kerana tidak tahan, dia menjerit sehingga didengari oleh seluruh penghuni istana. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, kakitangan istana menghantar dia ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia dapat merasa sejuk.

Pada 26 September 1938, dia pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas. Apabila sedar selepas itu ingatannya telah hilang.

Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu meninggal, tidak sesiapa yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayatnya.

Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan dia. Ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan dan hendak dikebumikan, tanah tidak menerimanya.

Sebab sudah tiada jalan lain, akhirnya mayat Atarturk diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke muzium selama 15 tahun hingga ke tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya cuba ditanam semula, namun bumi tetap tidak menerimanya.

Sebagai jalan keluar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar seberat 44 tan.

Ulama sezaman Kamal Atartuk mengatakan bahawa, bukan sahaja  bumi Turki, malah seluruh bumi Allah ini tidak akan menerima dia!

(Sumber: blog-misteri.blogspot.com)

Saturday, June 23, 2012

Fenomena Ekuinoks


serenemaklong.blogspot.com

PADA awal Februari, fenomena dunia tanpa bayang dilaporkan berlaku di Bogor dan Jakarta, Indonesia. Dalam kejadian itu, tepat jam 12 tengah hari bagi tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri di bawah sinar matahari kerana ia berada tepat atas kepala.

Hasil liputan akhbar menyebabkan ramai ingin tahu mengenainya. Tidak kurang juga mereka yang bereksperimen dengan meletak telur (tidak kira telur apa pun) di kawasan lapang di bawah panas matahari. Bila tiba waktu fenomena tanpa bayang, telur-telur yang diatur akan “bangun” perlahan-lahan dan berdiri sendiri. 




Menurut Ketua Unit Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Mohd Zamri Shah Mastor, fenomena tanpa bayang juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks. Ia berlaku apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula.  

Malaysia telah mengalami ekuinoks tepat waktu tengahari di beberapa tempat mengikut kedudukan garisan-garisan lintang tertentu pada 26 Mac hingga 29 Mac. Ia akan berulang pada 28 September hingga 2 Oktober depan.

Tiada yang istimewa pada hari berkenaan selain matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari. Ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang sendiri jika berdiri di tengah panas. Fenomena berkenaan juga berlaku setiap hari tetapi di lokasi berbeza mengikut garis lintang kedudukan pergerakan matahari. Ini bermakna setiap negara yang berada di antara garisan Sartan dan Jadi, termasuk Khatulistiwa, akan merasai fenomena berkenaan.

Fenomena itu berlaku dalam tempoh singkat kira-kira dua hingga lima minit dan tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari.

Ahli falak Islam yang masyhur, Imam al-Khawarizmi dan ahli sains Isaac Newton berpendapat, setiap dua jisim yang berdekatan mewujudkan kesan tarik menarik antara satu sama lain, sama ada kuat atau lemah tarikan itu. Disebabkan ketika berlakunya gerhana matahari, bulan berada hampir dengan bumi, pastinya akan berlaku tarikan kuat dari bulan terhadap bumi, mengakibatkan berlaku perubahan paras air laut dan mungkin angin yang memberi kesan kepada cuaca.

Gerhana bulan dan matahari juga boleh membawa perubahan kepada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan benda hidup di dunia ini. Contohnya, jika berlaku gerhana matahari di mana waktu siang tiba-tiba bertukar menjadi gelap seperti malam, mungkin haiwan seperti burung akan keliru dan menyebabkan ia terbang pulang ke sarang atau tidak berhaluan.

Berbeza dengan kedua-dua gerhana berkenaan, fenomena ekuinoks  hanya kejadian tiada bayang kelihatan pada tepat waktu tengahari di sesuatu tempat ketika matahari melintasi garisan lintang kawasan berkenaan. Selepas daripada tarikh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula jika dilihat di atas tanah pada tepat waktu tengahari kerana kedudukan matahari yang semakin beralih ke garis lintang sama ada arah utara ataupun mungkin arah selatan.

Semua bandar di dunia yang berada di antara garisan lintang 23.5 darjah Utara (garisan Sartan) dan garisan lintang 23.5 darjah Selatan (garisan Jadi) akan mengalami keadaan itu dan dalam tempoh setahun, hemisfera selatan terlebih dulu mengalaminya seperti di Australia pada bulan Disember hingga Januari.

Sebelum ini, tempat popular yang menjadi tumpuan ialah bandar Pontianak, Kalimantan Barat, kerana kedudukannya betul-betul di garisan Khatulistiwa. Bandar itu akan mengalami fenomena itu dua kali setiap tahun iaitu pada setiap 21 Mac dan 23 September.

Fenomena sama berlaku di Makkah pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun, dimanfaatkan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk membetulkan arah kiblat masing-masing berdasarkan kepada unjuran arah bayang matahari di kawasan setempat masing-masing pada waktu itu akan menghala Makkah.

(Sumber: Rohaniza Idris/Berita Minggu/Zaitun Zainuddin)


Wednesday, June 20, 2012

Swimming Pools Are Public Toilet Bowls For Many


serenemaklong.blogspot.com



IF you're taking a refreshing dip in a pool with other people, probably someone is urinating. This is not gross-out myth, but cold, depressing fact from a recent survey conducted by the Water Quality & Health Council, a scientific research group sponsored by the American Chemistry Council.

The survey, conducted in April this year, asked nearly 1,000 adults whether they urinate in pools. One in five bravely admitted their mistakes. And those are the ones who admitted it.

We may act like potty-trained adults on land, but something about a body of water, even a small one, opens our natural floodgates and, according to doctors, puts us all at risk.

"No matter how easy it is to pee anonymously in the pool, swimmers should avoid doing so," says public health expert and WQHC chairman, Dr. Chris Wiant.


Many of us were taught as kids that chlorine counteracted any accidents. Technically, that's mostly true. If pool operators maintain proper chlorine and pH levels, most waterborne germs are killed on contact.

But 54 percent of public pools tested by the WQHC last year failed to provide the proper chlorine levels and 47 got low marks for pH balance. You can blame poor pool maintenance, but frequent urinators don't help.

"Anything foreign that gets in the pool consumes disinfectant and makes the pool less capable of catching the next bug," Dr. Wiant tells Yahoo! Shine. So while chlorine is working overtime to clean up someone's mess, it's weakened by the time more serious bacteria dives in.

That comes from the germs we carry on our body even before we get into to the water. While only one in five of us cop to peeing in the pool, seven in 10 say they don't shower before they swim. As much as a cold pre-swim shower ruins that first dip feeling
.

The additional bacteria we carry on skin, in particular sweat and traces of fecal matter (yes even on adults),gets mixed in the pool. "If disinfectant isn't right, bacteria is allowed to grow in pools, so someone accidentally consumes a mouthful of water like we all do when we're swimming and suddenly they're subject to serious bacteria like E.coli or salmonella."


The high risk offenders, according to the Center for Disease Control, are those water recreational parks, a dangerous combination of packs of young swimmers and lots of accidental gulps. One targeted study by Georgia's Division of Public Health found that e.Coli infected at least 26 people at one water park in the summer of 1998, ultimately resulting in one fatality. Another study found the parasite Cryptosporidium survives even well-chlorinated water parks, posing a potentially fatal threat to those with lowered immune systems.

But small private pools and large public ones are also potential health hazards, depending on how they're maintained. The CDC notes a rapid rise in gastro-intestinal illnesses borne from dirty swimming pools.

Short of getting pool maintenance certification or sweating out an unbearable summer, what can you do?

The first step is to be a good pool Samaritan. Take it to the restroom, folks, and emphasize lots of bathroom breaks for your kids. Another important to-do: always shower before getting in the pool. If you've done your part, you still can't trust your blissfully clueless fellow swimmers.

To find out of your pool is safe, look for some tell-tale signs of bacteria.

"Check if you see the bottom," says Dr. Wiant. "If a pool is clear it's likely very clean and balanced, but if it's it cloudy or the sides are slimy, those are signs that bacteria is prevalent and the pool isn't filtering out germs the way it should."

Hyper-vigilant swimmers can also purchase pool test strips at any drug store and do their own scientific assessment. "They're easy to use," he adds, "just crack one open and dip it in the pool and you'll be able to tell right away if the pool is clean."

Another signal it's time to get out of the pool: burning, stinging eyes. Although it's not seriously harmful, when "urine combines with chlorine it becomes an irritant," Wiant says. So if you find yourself squinting in pain after a dive, ask yourself why that person doing the backstroke in the next lane looks so relaxed. It's not that nice of a day.

By Piper Weiss

Tuesday, June 19, 2012

Cerita Atap Tiang dan Dinding






AL- KISAH bermula bila Atap merasa ia menanggung beban paling berat. Ia terpaksa berjemur di tengah panas cahaya matahari, peritnya tidak terkira. Demikian juga bila hujan turun. Ia terpaksa berhadapan dengan hujan ribut dan petir.

Perasaan kecewa dan sedih bertambah bila atap melihat tiang yang dirasakan lebih banyak berehat, tidak kena panas atau hujan.

“Selesanya kamu, Tiang. Tidak kena jemur di terik panas matahari, dan tak perlu bersusah payah menahan hujan ribut. Tentu seronok kalau boleh jadi macam kamu.”

Mendengarkan kata-kata Atap, Tiang menjawab, “Huh, kamu tak tahu  setiap saat aku kena pikul beban berat Si Atap, Si Kayu Alang dan kayu-kayu lain tu di atas bahu aku. Sebenarnya kamu tu yang lebih senang, Atap. Tak payah pikul beban berat macam aku,” rungut Tiang.

”Kadang-kadang aku cemburu tengok Dinding. Tak kena panas, tak payah pikul beban berat macam kita,” sambung Tiang lagi.

Sedang mereka berbual, Dinding lalu menyampuk, “Jangan fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, kena jaga keliling rumah ni, kena melindungi semua isi rumah. Akulah benteng yang menutup aib dalam rumah. Akulah penyimpan rahsia mereka. Tetapi aku juga kena ketuk bila tuan rumah hendak menampal atau menyangkut apa-apa. Sebenarnya yang senang lenang bukanlah aku, tetapi Si Tangga tu.”

Mendengar kata-kata Dinding itu, Tangga pun mengeluh: “Kamu cuma  tengok hujan panas dan beban aje. Aku rasa akulah yang paling berat tanggungan. Aku ditimpa hujan dan panas, kena pikul beban orang yang memijak aku bila hendak naik dan turun rumah. Lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kaki kotor yang mereka bawa. Macam manapun kalau inilah ditakdirkan untuk aku, aku redha. Biarlah aku berkhidmat seberapa mampu  sebelum kita semua rebah menyembah bumi.”

Moral of the story:
Jadilah diri sendiri, pegang amanah yang diberikan kepada kita. Lagipun, bukankah haru biru nanti bila Atap hendak jadi Tiang, Tiang pula hendak jadi Dinding, dan dinding hendak jadi Tangga. Alamatnya, kita tak berumahlah!!

Monday, June 18, 2012

Gordang Sembilan



KALI pertama saya menyaksikan persembahan Gordang Sembilan ialah pada hari Mesyuarat Agung Persatuan Mandailing Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Nilai, 28 Januari 2012 yang lalu. Bunyinya sungguh hebat bagai genderang perang, sungguh mengujakan.

Menurut pakar muzik etnik dari Universiti Sumatera Utara, Irwansyah Harahap, alat genderang terbesar di dunia adalah gordang sembilan milik masyarakat Mandailing di Sumatera Utara (Sumut) bahagian selatan. Jumlahnya sembilan buah dan gordang terbesar panjangnya kira-kira dua meter. Empat orang diperlukan untuk memainkannya. Gordang Sembilan kerap dimainkan dalam perayaan-perayaan besar. 

Jaffar Lubis dari Desa Manambin, Kecamatan Kotanopan, Kabupaten Mandailing Natal (Madina), Sumut, merupakan seorang pembuat Gordang Sembilan yang terkenal. Anak Mandailing yang lahir pada 26 Januari 1960 ini telah membuat alat muzik tersebut  sejak 20 tahun lalu. Hasil tangannya bukan sahaja ditempah oleh masyarakat Mandailing di Sumatra, malah dari  Malaysia dan Singapura.

Sebuah set gordang sembilan dengan ukuran normal boleh dibuat daripada sebatang  pohon utuh yang panjangnya sekitar 12 meter. Kesemua gordang sembilan mempunyai ciri-ciri yang sama kerana ia diambil dari pokok yang sama. Untuk set terbaik, gordang terbesarnya berukuran panjang 165 sentimeter, diameter atas 43 sentimeter dan diameter bawah 40 sentimeter. Ukuran selanjutnya dari gordang dua sampai sembilan adalah, 160-40-38, 155-30-35, 150-35-32, 140-32-30, 135-30-28, 130-28-25, 125-25-23, dan 110-22-20. Jika saiznya lebih besar daripada itu bunyi gordang tidak merdu lagi.
 
Untuk membuat sebuah perangkat gordang sembilan, Jaffar Lubis memerlukan kira-kira sebulan keluar masuk hutan mencari pohon yang sesuai. Kayu yang terbaik untuk gordang sembilan ialah kayu ingol atau surian yang boleh diperolehi di sekitar Gading Baing, tidak jauh dari Manambin.

Kerja awal yang dilakukannya ialah memotong kayu itu dengan panjang yang tepat, dan dilubangi tengahnya agar ringan. Semua itu dikerjakan oleh Jaffar di tengah-tengah hutan. Jaffar harus berhati-hati supaya tidak tersilap memotong kerana jika itu berlaku, potongan kayu tersebut menjadi sia-sia. Jika kayu pokok lain diguna untuk menggantikannya, ciri-ciri kesamaan gordang sembilan tidak wujud lagi.


Setelah siap dipotong dan dilubangi, kayu-kayu itu diangkut pulang ke rumah. Di sini kulit lembu putih yang kering dinamakan jangat diregangkan di bahagian yang bakal dipukul dengan rotan, sekaligus menjadi alat pengikatnya. Kulit yang baik ialah yang tidak terlalu tebal dan juga tidak terlalu nipis.  

Kemerduan bunyi sebuah gordang terletak pada pemain yang memukul dengan pemukul diperbuat daripada kayu. Pemain pertama yang memainkan gordang 1, 2, dan 3, yang disebut jangat, mempunyai peranan besar dalam permainan keseluruhan. Yang memainkan gordang 4 dan 5 disebut jogo-jogo, pemain gordang 6 dan 7 disebut udong-udong, sedangkan pemain gordang 8 dan 9 disebut tepe-tepe.

Kesembilan gordang tersebut mempunyai nama sendiri yang tidak sama di semua huta/banua di Mandailing. Nama Gordang Sambilan di Tamiang dan Huta Pungkut (Mandailing Julu) daripada yang besar hingga yang kecil adalah (1) Jangat (Siangkaan); (2) Jangat (Silitonga); (3) Jangat (Sianggian); (4) Pangaloi; (5) Pangaloi; (6) Paniga; (7) Paniga; (8) Udong-Kudong; dan (9) Eneng-Eneng.
Gordang Sembilan dilengkapi dengan dua buah ogung (gong) besar. Gong yang paling besar dinamakan ogung boru-boru (gong betina) dan yang lebih kecil dinamakan ogung jantan (gong jantan); satu gong kecil berpencu yang dinamakan doal dan tiga gong lebih kecil  dinamakan salempong atau mongmongan. Gordang Sembilan juga dilengkapi dengan seruling buluh dinamakan Sarune atau Saleot dan sepasang simbal kecil yang dinamakan tali sasayat atau tali sasayak.
Sumber: Abdul Razzaq Lubis
              Rosli Adnan Nasution.

Saturday, June 16, 2012

Manfaat Ruang


serenemaklong.blogspot.com


PENGHUNI rumah pangsa dan apartmen yang mempunyai ruang terhad boleh menanam menggunakan pasu, raga gantung atau bekas tanaman bersaiz besar. Langkah ini menjimatkan ruang penanaman dan memudahkan kerja penanaman dan penjagaan pokok.

Berbanding pokok yang ditanam secara solo, ia lebih menarik jika  disusun kemas dalam pasu atau bekas tanaman yang unik bentuknya. 


Tanaman hiasan dalam kumpulan akan membina satu ekosistem tersendiri kerana tahap kelembapan medium tanaman dan keadaan persekitarannya akan menjadi lebih tinggi. Lagipun daun pokok saling  melindungi antara satu sama lain daripada terik cahaya matahari. Hasilnya pokok tumbuh lebih subur dan menarik penampilannya. 





Kaedah menggubah tanaman hiasan dalam bekas tanaman bersaiz besar.

Langkah 1: Pemilihan bekas tanaman sesuai

Pelbagai jenis bekas tanaman boleh digunakan termasuk pasu, kekotak tanaman, mangkuk tanaman, tempayan antik, bekas kitar semula seperti sinki atau mangkuk tandas retak. Oleh itu pilihlah bekas tanaman yang sesuai untuk laman kediaman.

Langkah 2: Pemilihan tanaman untuk gubahan

Tanaman hiasan yang dipilih mesti mempunyai persamaan dari segi keperluan semula jadinya untuk tumbuh subur seperti air siraman, dedahan kepada cahaya matahari dan campuran medium tanaman yang sama.

Jika keperluan tidak sama, tanaman mungkin tidak dapat hidup sihat dan membesar.
Sebagai panduan dari segi keperluan cahaya, pokok berdaun tidak memerlukan banyak cahaya berbanding pokok berbunga.

Pamerkan ia di ruang yang sesuai dengan keperluan tanaman. Selain tanaman hiasan, boleh juga menanam untuk makanan atau dikenali sebagai tanaman edibel.

Contohnya, pelbagai sayuran yang mudah ditanam seperti sawi, kangkung dan kucai atau tanaman penyedap rasa masakan seperti halia, serai, kunyit, selasih dan sebagainya. Selain berfungsi untuk tanaman hiasan, ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan dapur.

Langkah 3: Teknik gubahan

Gunakan kreativiti untuk menggubahnya. Jangan tanam pokok sehingga melindungi satu sama lain. Teknik gubahan untuk bekas tanaman yang berpermukaan bulat adalah seperti berikut:





1. Tanam pokok yang paling tinggi di tengah bekas tanaman.

2. Pokok rendah pula ditanam di sekeliling pokok yang tinggi.

3. Pokok yang paling rendah di bahagian tepi dan sekeliling bekas tanaman. Sebagai pilihan, boleh juga menanam pokok menjalar yang dibiarkan berjuntai ke bawah bagi menutupi sebahagian dari bekas tanaman berkenaan agar tampak semula jadi dan menarik.

Melalui susunan dalam gubahan, pokok yang kurang menarik sebahagiannya boleh disorok di belakang pokok lain yang lebih menarik.

Untuk hiasan di ruang sempit seperti balkoni, sudut ruang tamu dan sebagainya, gunakan beberapa bekas tanaman atau pasu besar yang siap digubah cantik.

Sebagai pilihan, boleh gunakan gubahan yang dicampur bersama  beberapa pasu pokok gantung dan aksesori hiasan taman lain seperti pagar hiasan, batu-batu semula jadi dan set air terjun buatan.

Gubahan tanaman dalam bekas tanaman besar seperti ini bukan saja sesuai untuk hiasan dalam kediaman, malah cantik untuk ruang luaran seperti balkoni, patio, laman, taman dan sebagainya.

(Sumber: Abu Bakar As-Siddiq/Berita Minggu)

Thursday, June 14, 2012

Hidup Di Dunia Hanya Fatamorgana


serenemaklong.blogspot.com



KITA hidup di alam maya tiga dimensi. Segala-gala yang hadir di sini, walaupun boleh dilihat, disentuh dan dimiliki, sebenarnya tidak wujud. Ia hanya fatamorgana. Yang benar-benar wujud hanyalah Maha Pencipta.

Ramai di kalangan kita alpa dan leka dengan kemewahan fatamorgana ini. Kita bermegah-megah dengannya sedangkan semua itu milik Pencipta Agung. Kita hanya "meminjamnya" buat sementara waktu.  Segala yang kita pinjam itu, sama ada harta-benda, ahli keluarga hatta roh kita sendiripun akan diambilNya kembali bila tiba tiba tarikh luputnya. Tiada suatu apa pun yang kita “miliki” boleh dibawa bersama ke liang lahad. Fir'aun yang membawa harta-benda ke dalam kuburnya di piramid pun tidak dapat menikmati semua itu. Yang untung ialah penyangak yang menyelongkar dan merompak kuburnya.

Al Khalik melengkapkan kita dengan berbagai kesenangan hidup bagi  memudahkan kita menumpukan perhatian kepada tugas utama iaitu menyembah Dia. Itulah tujuan sebenar kita ini diciptakan.Bukan sekadar untuk dilahirkan, disekolahkan, dikahwinkan, menjadi ibu bapa dan kemudian mati semata-mata.

Sesungguhnya kita ini sedang bermimpi di alam maya. Kita akan terjaga daripada mimpi ini apabila kita menyebut syahadat terakhir, dan orang di sekeliling menyebut "Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un". Selepas itu barulah kita betul-betul hidup

Baru tersedar akan segala perkara buruk dan baik yang pernah kita lakukan ketika sedang "bermimpi" di dunia itu. Yang berbuat kebaikan, Alhamdulillah. Yang melakukan kejahatan, menyesal pun tidak berguna.Tidak akan mendapat apa-apa pertolongan lagi.      

Oleh yang demikian, semasa "bermimpi" itu janganlah lupa untuk memohon kepada Allah:

Ya, Tuhan kami, buat diri kami dan setiap insan yang pernah melalui alam ini bersama-sama dengan kami, secara langsung atau tidak langsung, jauh atau dekat, hidup atau mati, lelaki atau perempuan, tua atau muda, kecil atau besar, sihat atau sakit, kawan atau lawan, bersaudara ataupun bukan. 
Ampunilah dosa-dosa kami yang lalu, dosa kami yang sekarang, dosa kami di masa akan datang, dosa yang kami dedahkan,dosa yang kami sembunyikan, dan dosa yang hanya Kau Maha Mengetahui. 
Berikanlah kami Rahmat-Mu, Hidayah-Mu, Bakarakah-Mu dan segala kebaikan dari sisi-Mu.
Telah kami maafkan mereka yang mencaci kami, membenci kami, mengumpat kami.
Telah kami halalkan hutang budi yang kami curahkan kepada insan lain.
Bagi mereka yang pernah membantu kami dengan tenaga, nasihat dan wang, kurniailah mereka dengan segala kebaikan dari sisi-Mu.
Jadikanlah kami ini hamba yang tunduk patuh kepada-Mu, berakhlak mulia, mengamalkan amal makruf nahi mungkar, bersederhana dalam hal kehidupan dan tidak pernah lupa untuk mensyukuri nikmat yang Kau berikan.   
Ya Allah, hanya kepada-Mu kami memohon. Amin.

Wednesday, June 13, 2012

Kaburi Pelanggan Guna Ayat Al-Quran


serenemaklong.blogspot.com

AYAT Kursi, ayat 1000 Dinar, surah Yasin dan beberapa potongan surah lazim dalam al-Quran merupakan ayat yang popular digunakan untuk dipamer oleh peniaga di restoran atau kedai makan di negara ini.

Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Adakah untuk mewujudkan persekitaran Islam atau hanya sebagai penghias kedai. Bukan hanya satu, malah terdapat sesetengah kedai yang mempamerkan ayat suci bagi umat Islam itu di setiap penjuru dinding dan juga pada papan penyata kedai tersebut.

Sedarkah kita yang merupakan pengguna, bahawa kaedah tersebut merupakan satu helah segelintir peniaga yang cuba mengaut keuntungan dengan menggunakan ayat al-Quran.

Ayat al-Quran yang melambangkan agama Islam disalahgunakan sebagai tarikan kepada pelanggan khususnya orang Islam yang merupakan penganut majoriti di negara ini.

Tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam, peniaga yang tidak bertanggungjawab itu juga cuba mengaburi pelanggan dengan mengambil pekerja yang beragama Islam untuk menarik kepercayaan pelanggan Muslim memasuki kedai mereka.

Bermodalkan persekitaran dan latarbelakang Islam palsu yang digunakan oleh peniaga tersebut menjadi landasan mudah kepada mereka untuk mengelak daripada terkecuali mengambil logo halal yang diiktiraf daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Perkara ini yang membimbangkan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan JAKIM bahawa ia akan terus berleluasa di seluruh negara.Pihak LPKPM menerima pelbagai aduan daripada orang ramai mengenai pelbagai kaedah penipuan yang dilakukan oleh segelintir peniaga makanan untuk mengaburi mata pelanggan.

Peniaga restoran atau kedai makanan melakukan taktik ini kerana tidak mempunyai logo halal atau menggunakan logo yang tidak diiktiraf oleh JAKIM. Oleh itu, mereka menggunakan ayat al-Quran sebagai alat untuk mengelirukan pelanggan Muslim dan mengaut keuntungan.

LPKPM sebagai badan yang bertanggungjawab tidak akan membiarkan peniaga mengambil kesempatan dan tidak akan bertolak ansur terhadap perkara ini demi menjaga kemaslahatan umat Islam. Ia  bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk sentiasa memantau premis perniagaan makanan yang masih berdegil dengan melakukan pelbagai kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang dikuatkuasakan 1 Januari 2012.

Tuesday, June 12, 2012

Wanita Cantik Di Mata Lelaki


serenemaklong.blogspot.com




“PEREMPUAN tu taklah secantik mana, tapi partner dia handsome!"

Berapa kalikah kata-kata seperti itu terlontar dari mulut? Ungkapan rasa hairan seolah-olah tidak percaya lelaki idaman ramai wanita itu ternyata hanya tertarik pada yang "biasa-biasa" saja.

Jangan silap. Wajah cantik dan tubuh indah memang boleh memikat lelaki dalam waktu yang sementara, namun saat mencari pasangan hidup, percayalah, penampilan sahaja tidak cukup. Ada hal-hal lain yang lebih diutamakan oleh lelaki. Contohnya:

Selera humor
Lelaki suka wanita yang boleh membuatnya tertawa. Wanita begini biasanya lebih santai dan tidak mudah tersinggung.

Pintar, tetapi tidak terlalu pintar
Lelaki sukakan wanita yang cerdas, berwawasan luas, dan banyak tahu. Tetapi hati-hati, jangan sampai membuatnya merasa bodoh. Ini bukan bererti kita harus pura-pura bodoh di hadapannya. Cukup dengan memberikan kesempatan baginya untuk "mempamerkan" pengetahuan dan kecerdasannya. Misalnya, biarpun kita banyak tahu tentang hal-hal agama dan politik, tetapi ketika dia bercerita tentang internet dan komputer yang jadi bidang kepakarannya, dengarkanlah dengan hormat dan pujilah dia atas kecerdasannya di bidang itu.

Senang diajak berbual
Seringkali minat lelaki dan wanita berbeza. Si lelaki tertarik pada topik A, B, C, si wanita pula tertarik pada topik X, Y, Z. Masalah ini boleh diatasi jika bersama-sama mencari topik yang saling disenangi.

Tetapi masalah boleh timbul jika wanita itu jenis yang berat mulut. Walaupun sebenarnya mereka menyukai hal yang sama, namun si wanita terlalu takut untuk memulakan perbualan. Sebaiknya sifat ini dihindari. Jangan takut bertanya, memberi pendapat, dan memulai percakapan.  

Yakin pada diri dan boleh menguasai keadaan
Memang lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin dan ingin menguasai  segala sesuatu. Namun tidak bererti mereka inginkan wanita yang hanya boleh jadi pak turut sahaja, bagai kerbau dicocok hidung. Lelaki mengagumi wanita yang tahu apa yang diingininya, dan boleh berkata, “tidak” dalam hal-hal tertentu. Sesungguhnya lelaki pun boleh letih dengan wanita yang hanya menyerah bulat-bulat  kepadanya dalam membuat semua keputusan tanpa turut menyumbang saranan.


Perasaan Keibuan
Lelaki sukakan wanita yang bersifat keibuan supaya dapat mendidik anak-anak dengan sempurna. Kebolehan menjaga orang-orang yang dekat dengannya menunjukkan dia mampu menjadi isteri dan ibu yang baik.

Bergaya tetapi tidak berlebihan
Lelaki sukakan wanita yang menjaga penampilan. Tidak perlu wajah dan tubuh bak supermodel, cukup dengan gaya sopan. Pun begitu elakkan gaya yang ekstrem sehingga menjadi pusat perhatian orang.

Tidak suka mengeluh
Di Twitter, mengeluh tentang kerja. Di BlackBerry Messenger, mengeluh tentang kawan yang menyakitkan hati. Di Facebook pun menjadi tempat luahan keluhan. Sebenarnya mengeluh itu memang sifat manusiawi, tetapi jika yang keluar dari mulut hanyalah hal-hal negatif, pasangan dan kawan-kawan pun naik bosan. Ingatlah, keluhan itu boleh merosak mood orang lain yang sedang bahagia.

Dekat Dengan Agama
Meskipun lelaki itu sendiri tidaklah sewarak mana, dia merasa tenang jika wanitanya seorang yang beriman – berpakaian menutup aurat, rajin solat 5 waktu, aktif dalam kegiatan dakwah, dekat dengan hal-hal agama dalam kehidupan seharian dan tidak melanggar perintah Allah.

Apa yang dipaparkan di sini adalah sebahagian daripada sifat-sifat mahmudah yang patut dipupuk, bukan sahaja oleh wanita tetapi juga lelaki. Apa yang penting, kita berusaha mencari keredhaan Ilahi. Yakinlah kita akan berjaya. InsyaAllah!