Sunday, June 24, 2012

Rakyat Raja Serigala


serenemaklong.blogspot.com


SEKUMPULAN serigala berkongsi tempat tinggal dengan berbagai binatang lain di sebuah rimba. Mereka diketuai oleh seekor serigala jantan besar yang bertindak sebagai Raja. Suatu hari Raja Serigala mengerah anak-anak buahnya membuat persiapan untuk meraikan harijadinya.

Kawanan serigala sungguh gembira. Mereka mengatur berbagai acara bagi mengisi hari yang istimewa itu. Mereka bekerja dan berlatih bersungguh-sungguh bagi mencapai persembahan terbaik.

Permaidani merah dihampar di suatu tempat lapang di pinggir bukit. Jemputan disampaikan kepada semua haiwan yang menghuni hutan supaya sudi meraikan hari istimewa itu bersama-sama.  

Hari persembahan pun tiba. Jurulatih dan pelatih sama-sama berasa cemas, khuatir kalau-kalau tidak dapat memberikan yang terbaik. Gajah, harimau, beruang, kuda, burung-burung tiba berbondong-bondong di tempat persembahan, begitu juga binatang lain. Memang semua acara itu menghiburkan dan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Kawanan serigala menerima pujian bertali arus daripada penghuni rimba.  

Menjelang petang, hadirin pun beransur pulang. Kawanan serigala agak keletihan tetapi berasa sangat teruja. Mereka menari-nari di atas permaidani merah dalam keadaan riang ria.

Tiba-tiba permaidani merah itu ditarik turun dan menggelongsor ke bawah bukit. Apa lagi kawanan serigala pun jatuh tunggang-langgang. Ada yang terhantuk kepala dan tidak kurang juga kaki terseliuh.

Dalam keadaan badan terluka, mereka bangun kembali dan sempat melihat wajah Raja Serigala yang berlalu dengan rasa tidak puas hati. Mereka terpinga-pinga sambil bertanya sesama sendiri. Apa dah jadi? Setelah berhempas pulas berhari-hari, mengapa layanan begini yang diberi? Mana ucapan terima kasih? Raja  marah pada siapa? Macam mana kemudian nanti? ….Dan…..dan …dan …   

Respons kawan-kawan saya:

Bdol Plangi:
Raja serigala tu kita buat bbq nak? Geng bloats sedia makan…tolak batu dengan kayu je…Nak kena panggang lama ni baru empuk… banyak lemak sangat. Ekor jangan lupa bagi kat si Rinz Ahmad. Dia nak letak sebagai aksesori tambahan kat topi tiga bucu berloceng dia tu… hakhakk!

Fauzi Harahap:
Seronok sakan, enjoy bagai nak gile, nyanyi, menari mcm2 style depa buat style tarian patah pinggang pun ada, yg kaki karaoke tu ada yg dpt mike tu selepas berebut tak lepas2 x kasi can pada yg lain, sampei sore dah sumbang sumbing pun dok melalak lagi yg geng kaki makan dari mula sampei abih x bergerak2 tibai selagi ada, aku depa tinggai sorang2 kat meja VVIP ni, xdak sapa pun pelawa aku nyanyi ke menari ke, apa depa ingat aku x reti menari ke, sore aku x sedap ke, silap2 aku bole jadi jaguh karaoke kalahkan depa semua, tu yg bengang sesangat ni, baik aku tereban karpet tu, semua dah balik depa dok terkinja2 x ingat dunia lagi dah, pueh ati aku !!!

Nurlela Nasution:
Raja tu jeles kot…sbb anak buahnya padai karaoke dn dangdut, tu yg dia tarik karpet merah tu…dia x pandai menari lantai lak disalahkan. Eeee betul kata pepatah tu.

Fauzi Harahap:
Raja Serigala tu kata `belum try belum tau`siapa yang pandai menari memang x peduli lantai jongkang jongkit, pakai terompah kayu pun dia menari steady je, kalah John Travolta Saturday Night Fever dan hero Dancing With The Wolf…he he. 

Nurlela Nasution:
Raja tu nk belajar gk …tapi dia malu kat anak buahnya…bila dia tarik karpet tu dan anak buahnya jatuh, dia x malu lagilah dok atas bukit tu, dia sorg2 menari kat bukit yang x rata tu. Dangdut ke, poco-poco ke, rap ke, ade aku kisah katanya…sbb dia je yang terluka so bolehlah perfom sesuka hati …kihkihkih..

Fauzi Harahap:
Raja Serigala tu sebenornya pandai menari n menyanyi, siap bole ajar kpd yang lain lg, tapi saje x nak tunjuk, takut dikata eksyen pulak.  

Bdol Plangi:
Nak bawak dia ke klinik haiwan dewan bandaraya untuk spay n neuter buat apa…hikhikk.

(Sumber Foto: Maria Ferguson)

3 comments:

  1. Terima kasih.Ada lagi yang akan datang. Tunggu, ya!

    ReplyDelete
  2. mesti ...eheh..smoga kita terus berkarya di dalam gua2 kita..

    ReplyDelete